1.0 Pengenalan
Sesebuah karya kesusasteraan diangkat menjadi karya yang agung adalah berdasarkan ciri-citi yang ada pada karya berkenaan. Ciri-ciri pada karya agung ini pula seharusnya diteliti mengikut tradisi, budaya dan tamadun karya tersebut dihasilkan. Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al (2016:4), penelitian ciri-ciri karya agung Melayu dibuat berdasarkan aspek-aspek seperti aspek pemikiran, estetika dan kepengarangan, aspek nilai budaya dan pandangan hidup serta aspek nilai ilmu yang terdapat dalam Karya Agung Melayu.
Hikayat Abdullah merupakan sebuah karya agung Melayu yang ditulis oleh Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir kerana permintaan seorang sahabat, iaitu orang putih, untuk memaparkan pengalaman hidupnya sejak kecil dan hubungannya dengan beberapa tokoh sejarah seperti Raffles, Farquhar, Sultan Husin Syah, Crawfurd, dan ramai lagi. (Hamzah Hamdani, 2007). Hikayat Abdullah merupakan Karya Agung Melayu yang bukan sahaja indah dan menarik dari sudut susunan bahasa dan nilai-nilai dalam kesusasteraan malahan juga sarat dengan fakta-fakta sejarah. Hikayat Abdullah masih lagi terikat dengan sistem ejaan bahasa Melayu klasik yang menggunakan huruf Arab beserta dengan gaya penulisan dan fungsi-fungsinya yang disesuaikan dengan ejaan dalam bahasa Melayu.
Munsyi Abdullah dianggap oleh orang ramai sebagai tokoh awal kesusasteraan Melayu moden. Namun bagi Jihaty Abadi, Abdullah wajar diangkat sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden kerana karya-karyanya telah dicetak dan bentuk tulisannya sudah menyimpang jauh daripada bentuk tradisi. Karya-karya Abdullah seperti Kisah Pelayaran Abdullah yang diterbitkan 1938 dan Hikayat Abdullah pada 1848 merupakan pengalaman Abdullah yang amat penting dalam kesusasteraan Melayu. Karya-karya tersebut mengandungi idea yag benar-benar baharu dan dan berlainan yang secara langsung menjadi garis pemisah antara Abdullah serta angkatan penulis sebelum dan sezaman dengannya.
Hikayat Abdullah mengandungi kritikan secara terus terang terhadap golongan bangsawan dan bangsa Melayu, serta menyindir pihak penjajah Inggeris dan Belanda. Melalui karya Abdullah yang hebat ini, pembaca dapat menghayati kehidupan mayarakat Melaka dan Singapura pada abad ke-19 yang terdiri daripada pelbagai bangsa, peristiwa-peristiwa dalam hikayat inu berunsurkan sejarah yang merdasarkan kepada pengalaman pengarang yang hidup pada zaman berkenaan. Kritikan pengarang terhadap sikap bangsa Melayu yang tidak menghargai bahasanya sendiri dalam Hikayat Abdullah ini adalah sangat jelas.
2.0 Latar Belakang Penulis
Munsyi Abdullah atau nama sebenar beliau Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi telah dilahirkan pada tahun 1796 di Kampung Masjid atau nama lainnya Kampung Pali, Melaka. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Ayahnya berketurunan Arab Yaman, manakala ibunya Salamah berketurunan India. Sejak kecil beliau telah diajar mengaji al-Quran dan tulisan Jawi serta tatabahasa Melayu oleh bapanya. Beliau juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan bahasa Inggeris.
Munsyi Abdullah merupakan seorang yang bijak dalam memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya. Gelaran “munsyi” yang membawa makna “guru” telah diperoleh sewaktu beliau berusia sebelas tahun. Beliau juga mendapat gelaran ‘munsyi’ sewaktu mengajar bahasa Melayu kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa, Munsyi Abdullah juga menjadi guru agama, penterjemah, wartawan dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris. beliau juga pernah memangku jawatan pengetua di Anglo Chinese College ketika Paderi Thomson pulang bercuti di England.
Menurut Hamzah Hamdani (2007), Munsyi Abdullah telah meghasilkan dua buah karya yang penting, iaitu Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah (1849), yang merupakan genre memoir dan tersebar luas melalui alat percetakan. Munsyi Abdullah telah meninggal dunia ketika berusia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji.
3.0 Sinopsis Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah merupakan sebuah karya autobiografi yang menceritakan tentang pengalaman hidup dan latar persekitaran kehidupan pengarangnya iaitu Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Hikayat ini mengandungi 29 bab dan setiap bab menceritakan pelbagai peristiwa yang berlaku di Melaka dan Singapura.
Dalam hikayat ini, Abdullah Munsyi menceritakan tentang salasilah keluarga beliau bermula daripada nenek moyang beliau. Moyang beliau iaitu Syeikh Abdul Kadir merupakan guru agama dan bahasa yang berbangsa Arab daripada keturunan Uthmani dan berasal dari Yaman. Dari Yaman, moyang beliau berhijrah ke Tanah Keling di Nagore dan menjadi guru di disitu seterusnya berkahwin dengan wanita tempatan. Hasil perkahwinan tersebut, moyang beliau memperoleh empat orang anak lelaki dan datuk Abdullah Munsyi merupakan salah seorang daripadanya iaitu Muhammad Ibrahim. Setelah moyang beliau meninggal dunia di Nagore, datuk beliau berhijrah ke Melaka dan berkahwin dengan anak Syeikh Mira Lebai yang berketurunan Peryaci. Tidak lama selepas itu lahirlah bapa Abdullah Munsyi iaitu Syeikh Abdul Kadir yang dinamakan sempena nama moyang beliau.
Abdullah juga menceritakan tentang kelahiran beliau iaitu pada siang hari ahad bersamaan 7 safar 1211 iaitu setelah lapan bulan inggeris mengambil Melaka dari Belanda pada 15 Ogos 1975. Beliau dilahirkan di Kampung Pali ataupun Kampung Masjid Melaka. Beliau menceritakan tentang kesemua abangnya yang meninggal dunia dan menyebabkan ibunga menjadi seperti orang gila kerana sering menangis dan bersedih. Hinggalah pada suatu hari, Habib Abdullah yang merupakan jiran beliau terdengar tangisan ibu beliau yang bernama Salmah. Habib menanyakan punca ibunya menangis dan meminta bapa Abdullah Munsyi supaya memujuk isterinya agar tidak menangis lagi kerana Allah akan mengurniakan mereka seorang lagi anak lelaki dan memberikan anak mereka nama yang sama dengannya. Tidak lama selepas itu, beliau pun dilahirkan dan diberi nama Abdullah.
Abdullah Munsyi menceritakan tentang peristiwa-peristiwa sepanjang beliau belajar mengaji daripada nenek beliau. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya mengaji apabila mahu kerana manja dengan neneknya yang tidak pernah memarahi ataupun memukulnya. Setelah bapa beliau kembali dari Siak, beliau mula belajar mengaji di sekolah pondok dan sebelah malamnya pula diajar oleh bapa beliau. Abdullah Munsyi menyatakan bahawa beliau sering dipukul dan ditampar oleh bapanya kerana salah mengaji dan menulis. Pada awalnya beliau benci akan bapa beliau dan cuba memberontak kerana pada usia tersebut beliau ingin bermain seperti kanak-kanak lain, namun setelah terkenangkan kesukaran dalam guru beliau dalam mendidik barulah beliau sedar pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh guru. Setelah itu, beliau mula belajar mengaji dan menulis sendiri serta belajar dengan bapa, nenek dan kedua bapa saudara beliau.
Selepas itu, beliau mula belajar menulis bahasa Keling iaitu bahasa Tamil selama dua tahun enam bulan dengan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Beliau juga menceritakan tentang peristiwa semasa beliau diajar menulis oleh bapanya. Beliau menghadapi pelbagai kesulitan kerana bapa beliau begitu tegas dalam mendidik terutamanya semasa mengajar menulis. Kemudian beliau juga menceritakan bagaimana beliau dapat mempelajari bahasa Hindustan dan belajar menulisnya daripada para supai sehinggalah beliau dapat menguasai bahasa tersebut. Beliau mula mendapat gelaran ‘Munsyi’ yang bermaksud guru bahasa pada ketika itu dan gelaran tersebut digunakan sehingga kini.
Dalam hikayat ini juga, pengarang menceritakan tentang pegawai-pegawai Inggeris yang memerintah Melaka iaitu Tuan Farquhar, Tuan Milne, Tuan Raffles, Lord Minto dan beberapa pegawai Inggeris yang lain. Beliau bekerja sebagai jurubahasa dan jurutulis bagi pegawai-pegawai Inggeris dan hal ini menyebabkan Abdullah banyak menghabiskan masa dengan orang-orang Inggeris. Beliau menceritakan tentang Tuan Farquhar yang sangat disayangi oleh semua bangsa di Melaka kerana keadaan Melaka yang aman dan maju dalam bidang perdagangan membolehkan orang miskin menyara hidup mereka.
Abdullah Munsyi mengisahkan tentang peristiwa beliau mula mempelajari bahasa Inggeris daripada kelas Tuan Milne. Tuan Milne merupakan seorang paderi Inggeris yang datang ke Melaka pada 1238 Hijrah bersamaan 1823 Masihi. Tuan Milne mempunyai 3 orang anak. Tuan Milne membuka kelas belajar bahasa Inggeris secara percuma dengan disediakan dakwat, kertas, pen dan pelbagai keperluan lain untuk mereka yang datang belajar. Tuan Milne bersetuju untuk mengajar Abdullah bahasa Inggeris dengan syarat beliau akan mengajarnya bahasa Melayu. Tuan Milne juga memberikan Abdullah sebuah kitab Injil yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang disangkakan oleh beliau sebagai sebuah hikayat biasa.
Selain itu, Abdullah juga menceritakan perihal masyarakat Melayu iaitu sikap Raja-raja Melayu dan sikap masyarakat Melayu sendiri. Beliau mengkritik sikap-sikap Raja Melayu yang tidak mahu memelihara anak mereka sendiri dan mengikut sahaja kehendak dan keinginan anak-anak tanpa didisiplinkan. Beliau juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang tidak akan berubah kerana mereka tidak mahu membuang adat-adat terdahulu yang karut-marut sedangkan ianya bukan ajaran agama. Hikayat ini turut menceritakan pelbagai adat dan kepercayaan yang menjadi ikutan sejak turun temurun sehinggakan menjadi suatu kemestian untuk diikuti.
4.0 Perbincangan
4.1 Pemikiran dalam Hikayat Abdullah
Menurut Sri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016:69), pemikiran dalam karya bermaksud subjek yang dibawakan bermula daripada idea dan pengalaman. Idea dan pengalaman tersebut dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema karya. Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri memilih bahan, mengejapkannya dan kemudian menjelmakannya menjadi mesej mutiara, dan permata karya. Siti Aisah Murad (1996:11) menyatakan bahawa setiap karya adalah catatan pengalaman yang telah direnung, difikir, dan ditapis oleh pengarang untuk dijalin menjadi sebuah hasil penulisan, sama ada karya kreatif ataupun deskriptif. Dalam Hikayat Abdullah, pemikiran pengarangnya iaitu Abdullah Munsyi dapat dilihat melalui jelas kerana karya ini merupakan sebuah karya biografi. Abdullah Munsyi merupakan seorang pengarang yang dianggap sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden kerana kerana tahap pemikiran beliau yang jauh ke depan.
Salah satu aspek pemikiran yang dapat dihuraikan daripada karya ini ialah pemikiran tentang kepentingan menguasai pelbagai bidang ilmu. Pemikiran ini dapat dilihat terus dalam diri pengarang sendiri yang mampu menguasai pelbagai bahasa khusunya dalam bahasa Melayu sedangkan beliau lahir daripada keturunan Arab India. Pengarang karya ini ada menceritakan tentang peristiwa pahit dan manis yang terpaksa dilalui oleh beliau dalam usaha mempelajari pelbagai jenis bahasa. Selain mempelajari bahasa, pengarang juga belajar mengaji di tempat pengajian dan diajar oleh bapa beliau sendiri. Bapa beliau iaitu Abdul Kadir merupakan seorang tegas dan gigih dalam memberi didikan kepada Abdullah. Sifat Abdul Kadir yang sangat mementingkan ilmulah yang menjadikan Abdullah sebagai seorang yang bijak dan mendapat gelaran Munsyi pada usia muda lagi. Hal ini membuktikan bahawa terdapat banyak imbalannya apabila seseorang itu mementingkan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu. Dalam Hikayat Abdullah, pengarang ada menyatakan nasihat tentang kepentingan ilmu iaitu:
Nasihat: Maka bahawasanya aku wasiatkan akan nasihatku ini bagi segala kanak-kanak yang ada dibukakan Allah mata hatinya. Maka jikau sekiranya ada umurmu seribu tahun sekalipun, maka janganlah engkau takut membelanjakan dia sebab menuntut ilmu itu; karena dapat tiada hamba Allah dalam dunia ini semuanya mengkehendaki kebesaran dan kemuliaan dan kekayaan, maka seorang juapun tiada yang benci akan perkara yang tersebut itu. Maka jikalau demikian, bahwa ilmu itulah tangganya akan menaiki segala perkara yang tersebut itu; dan lagi jikalau ada ilmu itu bagimu sekali-kali tiada engkau akan terbuang, dan tiada pula engkau dihanakan orang, melainkan termulia juga adanya; dan lagi yaitu kelak boleh menolong akan dikau dari dunia sampai ke akhirat
(Hikayat Abdullah, 1975:16)
Pemikiran tentang kepentingan menguasai pelbagai bidang ilmu juga dapat dilihat pada bab kelima iaitu tentang kisah Pawang Gajah yang sanggup diarahkan oleh Tuan Farquhar untuk menangkap gajah liar di hutan. Pawang Gajah meminta orang untuk membuat kandang gajah. Pengarang menceritakan kisah orang kampung yang mempercayai kesaktian Pawang Gajah yang dpat menjinakkan gajah yang cuba untuk merempuh kandang kerana mencari jalan keluar. Pengarang menyatakan bahawa gajah tersebut merempuh kandang kerana kelaparan dan akan senyap apabila mendapat makanan. Situasi ini jelas menunjukkan perbezaan Abdullah yang bijak memahami keadaan sebenar dengan orang kampung yang diperolokkan oleh Pawang Gajah menggunakan ilmu saktinya. Dalam hal ini, pengarang cuba menyampaikan kesan apabila kita tidak berilmu, orang lain akan mudah memperguna dan mengambil kesempatan di atas kekurangan tersebut.
(Hikayat Abdullah , 1975: 64)
...Maka adalah pada fikiranku bahawa sekalian tu bohong, dan bodoh orang percaya demikian ; maka adalah perkara sekalian yang dibuatnya itu dengan akal sahaja, bukannya ubat atau hikmat ...
Sebermula maka adalah segala orang Melaka, daripada empat bangsa pun, terlalu kasih dan setuju berajakan Farquhar itu. Maka adalah pada masa itu negeri Melaka pun dalam sentosanya dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk daripada segala pihak...
4.2 Falsafah dalam Hikayat Abdullah
i. Falsafah Metafizika
iii. Falsafah Etika
iv. Falsafah Estetika
v. Falsafah Ekonomi
4.3 Nilai Budaya dan Pandangan Hidup
“Aku bertanya, “Tuan hendak ke mana?”
Jawabnya, “Saya hendak pulang ke Eropah.”
...Maka adalah pada fikiranku bahawa sekalian tu bohong, dan bodoh orang percaya demikian ; maka adalah perkara sekalian yang dibuatnya itu dengan akal sahaja, bukannya ubat atau hikmat ...
(Hikayat Abdullah , 1975: 64)
Selain itu, pemikiran tentang kepentingan ilmu juga ada diceritakan pada bab ketiga dalam Hikayat Abdullah. Dalam bab tersebut, pengarang menceritakan tentang keazaman beliau dalam menuntut ilmu daripada bapa, nenek dan bapa saudaranya walaupun sering dipukul dan ditampar. Menurut Zahari A. Rashid (2008:207), pada zaman Abdullah bersekolah dahulu, sudah menjadi kebiasaan murid-murid didenda dan dihukum di sekolah. Pengarang juga menceritakan tentang adat kebiasaan masyarakat terdahulu iaitu apabila seseorang itu hendak menghantar anaknya mengaji, ibu bapa mereka akan berjumpa dengn guru tersebut dengan membawa sirih secerana dan sedulang penganan. Ibu bapa akan memberikan sepenuh kuasa kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka dengan syarat mata dan kaki anak-anak itu tidak diapa-apakan. Disebabkan kepercayaan yang tinggi terhadap guru, hukuman dan denda akan dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan seperti tidak datang mengaji, tidak mendengar kata ibu bapa, melawan cakap guru, mencuri dan sebagainya. Berdasarkan peristiwa tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa sejak zaman dahulu lagi, menuntut ilmu merupakan perkara yang wajib dilaksanakan dan guru adalah individu yang sangat disanjungi dan dipercayai. Keadaan ini jelas menunjukkan pemikiran pengarang tentang kepentingan menuntut ilmu.
Hikayat Abdullah juga membincangkan pemikiran tentang sikap masyarakat zaman dahulu yang begitu memuliakan adat pada zaman itu. Secara terang-terangan pengarang menyatakan tentang kepercayaan karut yang kuat dalam kalangan masyarakat Melayu zaman dahulu. Hikayat ini menceritakan pelbagai adat dan kepercayaan yang menjadi ikutan sejak turun temurun sehinggakan menjadi suatu kemestian untuk diikuti. Salah satu kepercayaan masyarakat Melayu yang diceritakan dalam hikayat ini ialah tentang adat menjual anak. Adat menjual anak tersebut bukan bermaksud seperti menjual hamba tetapi anak tersebut akan dijual dan duitnya akan diambil oleh ibu bapa anak tersebut untuk dibelikan makanan. Nama anak tersebut akan dinamakan sebagai anak orang yang memberi duit tersebut namun masih juga dipelihara oleh ibu bapanya yang sebenar. Dalam hal ini, Abdullah Munsyi menyatakan bahawa adat lapuk yang menyimpang daripada agama Islam perlu dibuang kerana ianya akan menjadi halangan bagi kemajuan bangsa Melayu.
Di samping itu, hikayat ini juga menceritakan pemikiran tentang kepentingan memelihara dan menjaga bahasa khususnya bahasa Melayu. Pemikiran ini boleh dijelaskan dengan menilai watak Abdullah dalam hikayat ini. Menurut Siti Aisah Murad (1996:15), Abdullah Munsyi menunjukkan kecintaan yang mendalam terhadap bahasa Melayu dan melahirkan rasa kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak mengambil berat tentang bahasa Melayu. Abdullah Munsyi gemar mengumpul dan membaca hikayat-hikayat lama yang ditulis bahasa Melayu yang diperoleh beliau daripada orang Inggeris. Beliau membaca karya tersebut untuk mempelajari rahsia-rahsia bahasa Melayu yang tersembunyi di dalam hikayat tersebut dengan lebih mendalam dan tidak begitu mengambil kira jalan cerita hikayat tersebut. Selain itu, Abdullah Munsyi juga menunjukkan kecintaannya dalam bahasa Melayu apabila bekerja sebagai jurubahasa dan jurutulis dalam bahasa Melayu walaupun pendapatannya kurang. Beliau juga sanggup berpindah semula ke Kolej Melaka sebagai guru bahasa setelah mengetahui di kolej tersebut tiada guru yang dapat mengajar bahasa Melayu dan menterjemah bahasa Inggeris.
Pemikiran seterusnya yang dapat dihuraikan daripada hikayat Abdullah ialah pemikiran tentang corak kepimpinan dan pemerintahan Inggeris pada zaman tersebut. Menurut Zahari A. Rashid (2008:211), terdapat empat perkara yang dipuji oleh Abdullah tentang orang Inggeris iaitu berkelakuan baik, bersopan santun, menghormati orang lain dan bertimbang rasa. Abdullah Munsyi begitu mengagumi orang-orang Inggeris seperti Tuan Raffles, Tuan Farquhar, Lord Minto dan Tuan Milne yang melayannya dengan baik. Beliau sangat menyenangi sikap Tuan Raffles yang sangat mencintai ilmu kerana dia banyak menghabiskan masa dengan membaca. Beliau juga turut menceritakan tentang perwatakan Tuan Raffles dan Tuan Farquhar yang begitu disenangi baik orang Melaka mahupun orang Singapura dalam hikayat beliau.
Sebermula maka adalah segala orang Melaka, daripada empat bangsa pun, terlalu kasih dan setuju berajakan Farquhar itu. Maka adalah pada masa itu negeri Melaka pun dalam sentosanya dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk daripada segala pihak...
(Hikayat Abdullah, 1974:57)
4.2 Falsafah dalam Hikayat Abdullah
Dalam penghasilan sesebuah karya, tidak lengkap sekiranya pengarang tersebut tidak memuatkan falsafah-falsafah yang bersesuaian dengan penceritaan sesebuah karya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Al-Farabi, salah seorang ahli falsafah Islam yang terbesar mengatakan falsafah diambil daripada perkataan “philosophia” yang kemudiannya dihuraikan sebagai “philo” yang bererti pencinta, dan “Sophia” yang bererti bijaksana. Menurut beliau, falsafah membawa maksud “pencinta bijaksana”. Plato (427-348 SM) pula mengatakan bahawa falsafah adalah semacam ilmu pengetahuan yang berhasrat mencari dan mencapai hakikat kebenaran yang asli (Mana Sikana, 1996).
Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016), mekanisme falsafah secara mudahnya dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. dengan itu, falsafah adalah membincangkan sesuatu secara terperinci untuk mendapat jawapan yang benar dan real terhadap sesautu perkara. Berikut merupakan falsafah-falsafah yang ditonjolkan oleh Munsyi Abdullah dalam hikayat Abdullah:
i. Falsafah Metafizika
Ibnu Sina dalam Mana Sikana (1996), membahaskan falsafah metafizika dengan lima dasar iaitu adanya Tuhan dan hubungannya dengan alam semesta, hukum alam atau hierarkinya, hukum sebab-musabab konsepsi Yang Maha Mengatur dan Tuhan Yang Maha Esa. Ringkasnya, metafizika merupakan ilmu yang memikirkan tentang kewujudan dan keberadaan. Dalam hikayat Abdullah, penulis menceritakan kisah kebencian karut dan tahyul yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasa Allah S.W.T. Munsyi Abdullah seorang yang berfikiran rasional dan realistik serta tidak mempercayai bomoh, dukun dan pawang. Antara petikan yang menunjukkan masyarakat yang mengamalkan kegiatan perbomohan dan pawang dalam hikayat Abdullah adalah seperti berikut:
“…dan lagi, kebanyakan ornag-orang Melayu dan Cina dan lainnya percaya, katanya, “Pawang itu terlalu pandai hikmah gajah:. Dan lagi, banyak-banyak doa dibacakannya sampai gajah di hutan semuanya takut akan ia, istimewa manusia. Maka sebab itu maka serba bangsa pun ada meminta ubat-ubat dan hikat-hikat dan tangkal-tangkal kepadanya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 75)
Beliau juga tegas mengkritik orang Melayu yang tidak mempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Bukan itu sahaja, beliau juga mengkritik orang Melayu yang memeprcayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulan dimakan oleh Rauf (ular). Dalam hikayat Abdullah, beliau menyeru masyarakat supaya memandang sesuatu peristiwa yang berlaku secara rasional dan berpegang teguh kepada kuasa Allah S.W.T. Perkara ini membuktikan bahawa Munsyi Abdullah menekankan falsafah metafizika dalam karya hikayat Abdullah.
ii. Falsafah sosial
Sosial ialah segala hal yang berkaitan dengan masyarakat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015). Falsafah sosial adalah gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual. Dalam bab yang terakhir, Abdullah mengkritik kehidupan masyarakat Melayu dan juga keturunan raja. Menurutnya, orang Melayu bukan semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh. Keadaan ini disebabkan kezaliman dan aniaya raja-raja terhadap rakyatnya sehingga tidak didedahkan dengan sebarang pengajaran dan ilmu pengetahuan. Raja bertindak zalim kerana mereka sentiasa menghina rakyatnya, seolah-olah rakyatnya seperti binatang. Abdullah juga mengkritik raja-raja Melayu yang tidak tahu memelihara dan mendidik anak-anak mereka sewaktu kecil sehingga memberikan kesan kepada negara. Kebanyakan negeri-negeri Melayu, jajahan dan dusunnya rosak binasa kerana aniaya dan kezaliman anak-anak raja dan hamba raja.
Abdullah menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu yang mundur disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, mereka tidak mahu belajar kerana orang tua-tua dahulu juga tidak belajar. Kedua, mereka tidak mahu belajar kerana raja-raja, orang-orang besar dan orang yang setara pun tidak melakukannya. Ketiga, mereka malu untuk membuat perkara baru dan keadaan ini menjadi ikutan turun-temurun. Orang Melayu juga sangat berpegang teguh dan mempercayai benda-benda karut dan tahyul seperti kegiatan perbomohan dan pawang. Abdullah membandingkan perbezaan kehidupan sosial masyarakat Melayu dengan kehidupan raja yang angkuh dan tidak menjaga kebajikan rakyatnya. Perbandingan ini menunjukkan bahawa kemunduran masyarakat Melayu berkait rapat dengan cara kehidupan dan sistem pemerintahan raja. Bukan itu sahaja, pemikiran masyarakat Melayu yang tidak mementingkan ilmu pengetahuan menyebabkan mereka mudah ditipu dan ditindas oleh bangsa lain.
iii. Falsafah Etika
Etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran. Menurut Mana Sikana (1996), ilmu etika merupakan teori tentang tingkah laku manusia yang dipandang dari sudut baik dan buruknya, sejauh yang dapat ditentukan oleh akal. Falsafah etika yang diketengahkan oleh Munsyi Abdullah dalam hikayat Abdullah adalah berkenaan etika orang Barat dan juga masyarakat tempatan. Munsyi Abdullah cuba menjelaskan bahawa tidak semua orang Barat adalah jahat. Buktinya, beliau memperihalkan kebaikan-kebaikan Tuan Raffles dan juga Kolonel Farquhar. Diceritakan oleh beliau bahawa Kolonel Farquhar ialah seorang yang baik budi, tidak sombong, memandang orang sama rata, sama ada miskin ataupun kaya. Sekiranya ada orang miskin yang datang hendak mengadu kepada Kolonel Farquhar, dia segera mendengar pengaduannya, kemudian memberi nasihat dan tunjuk ajar sehingga orang itu pulang dengan hati yang sukacita. Kolonel Farquhar dan Tuan Raffles juga amat mementingkan ilmu dan rajin mengkaji tentang bahasa Melayu dan hal ehwal masyarakat Melayu.
Sebaliknya, Munsyi Abdullah juga mengkritik etika orang Melayu pada masa itu yang tidak berubah, tidak bertambah ilmunya dan tidak dapat mencipta benda-benda yang baharu kerana mereka tidak mahu membuang adat-adat dahulu yang karut-marut (Hamzah Hamdani, 2007). Abdullah secara halus juga mengkritik orang-orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa Melayu dan memandang remeh tentang bahasa Melayu. Dalam bab 22, Abdullah memberi pandangan betapa bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang mempunyai keistimewaannya sendiri. Baginya, bahasa Melayu mempunyai ciri-cirinya dan amat sebati dengan bangsa Melayu. Oleh itu, beliau menasihati masyarakat agar mempelajari bahasa Melayu dan rajin menuntut ilmu. Kebanyakan orang Melayu tidak tahu membaca, menulis dan membuat kira-kira. Disebabkan itu, mereka diolok-olokkan oleh bangsa-bangsa lain, dan ditipu dalam sukatan, timbangan dan rundingan.
iv. Falsafah Estetika
Estetika ialah ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Falsafah keindahan dapat dilihat dalam hikayat Abdullah dari aspek bahasa, adat, dan pemikiran yang diutarakan oleh penulis. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita seperti karya-karya yang ditulis dalam zamannya. Munsyi Abdullah telah menjadikan pengalaman dan pemerhatian beliau sebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau bersifat realiti dan tidak diselitkan dengan cerita-cerita dongeng seperti karya-karya lain yang ditulis dalam zamannya. Beliau sangat kreatif dalam menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampaikan sesuatu pemikirannya. Contohnya seperti petikan di bawah yang mengandungi peribahasa yang menunjukkan falsafah keindahan dalam hikayat ini.
“Maka sekaliannya itu adalah seperti perkataan Melayu: Mulut disuap pisang dan pantat dikait onak. Maka bahawa sesungguhnya dalam hati Tuan Raffles terlalu banyak fikiran; hendak dihalaukannya nyata-nyata nescaya kelihatanlah jahatnya kepada Temenggung. Maka oleh sebab kepandaiannya dan akalnya itu: Di mata pun tiada kena, di kening pun tiada kena. Ia melepaskan dirinya itu dengan perihal sahaja:.
(Hikayat Abdullah, 2007: 182)
Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialog dalam hikayat Abdullah. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini merupakan permulaan karya Melayu moden yang boleh diibaratkan seangkatan dengan ASAS 50 yang lahir seratus tahun selepas hikayat ini. Perkara ini jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi oleh masa.
v. Falsafah Ekonomi
Falsafah ekonomi ialah berkaitan sistem pendapatan dan pengurusan harta benda. Abdullah mengisahkan kesengsaraan dan keadaan ekonomi masyarakat Melayu yang merundum disebabkan oleh kekejaman penguasa Belanda di Melaka. Apabila Singapura dibuka, peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan menarik penghijrahan orang-orang Melaka ke sana. Diceritakan tentang penduduk Singapura yang bertambah ramai dan peluang ekonomi memungkinkan ramai pedagang dan pekerja datang ke Singapura untuk mengubah nasib mereka. Namun, pihak Belanda di Melaka menghalang orang-orang Melaka yang hendak ke Singapura dengan menangkap dan merampas kepunyaan mereka sewaktu belayar di Selat Melaka.
Abdullah juga memerikan perihal harga makanan Singapura yang melambung tinggi harganya. Kesengsaraan di Melaka semakin reda apabila Gabenor Van Goor mati dan hartanya dirampas oleh masyarakat tempatan. Abdullah melihat kedatangan pihak Inggeris dan Belanda mengubah struktur ekonomi di Melaka dan juga Singapura.
4.3 Nilai Budaya dan Pandangan Hidup
Nilai menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (hlmn 1081) memberi maksud darjat, kualiti, mutu dan taraf. Menurut Theodorson dalam Pelly (1994), nilai adalah sesuatu yang abstrak, yang dijadikan pedoman serta prinsip-prinsip umum dalam bertindak dan bertingkah laku. Oleh itu, nilai merupakan sesuatu yang berharga, mempunyai mutu, berkualiti dan amat berguna kepada manusia.
Dalam Mohd Rashid Mohd. Idris (2014: 125) budaya berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal. Oleh itu, budaya membicarakan perkara-perkara berkitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris budaya disebut sebagai culture yang dikatakan berasal daripada perkataan Latin, iaiti colore dan membawa maksud menanam atau mengerjakan. Melalui etimologi perkataan budaya iaitu budi + daya, budi merupakan aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai. Manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Budaya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat kerana segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungan yangditentukan oleh kebudayaan milik masyarakat itu sendiri.
Secara keseluruhannya, nilai budaya merupakan nilai-nilai yang disepakati dalam sesuatu masyarakat berpandukan kepada sesuatu kebiasaaan atau kepercayaan yang dapat dibezakan dan menjadi acuan sesuatu tingkah laku dalam masyarakat.
Dalam Hikayat Abdullah terselit beberapa unsur nilai budaya. Antaranya ialah mempercayai kehebatan pawang. Pawang atau dikenali sebagai bomoh atau dukun sering menjadi orang yang dirujuk apabila berlaku sesuatu yang berkaitan dengan alam ghaib atau tahyul. Definisi pawang ini juga hampir sama dengan definisi dalam Kamus Dewan edisi Keempat iaitu orang yang mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib) atau maksud keduanya ialah orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mantera dan lain-lain), bomoh, dukun.
Dalam Hikayat Abdullah, pengarang menggambarkan salah satu nilai budaya yang diamalkan oleh masayarakat pada zaman tersebut kerana Abdullah Munsyi ada menceritakan perihal kepercayaan masayarakat Melayu Melaka pada zaman tersebut yang sangat percaya dengan kehebatan pawang. Pawang yang juga dipanggil bomoh atau dukun sering kali menjadi orang yang dirujuk apabila berlku sesuatu yang betkaitan dengan alam ghaib atau tahyul. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pawang mempunyai dua maksud. Maksud pertama ialah orang yang mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib). Manakala maksud kedua ialah orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mantera dan lain-lain). Pawang yang dirujuk sebagai ahli perubatan tradisional seirng menggunakan tumbuh-tumbuhan atau haiwan semasa melakukan proses perubatan tersebut. Berikut merupakan petikan berdasarkan nilai budaya yang diamalkan:
“… dan lagi, kebanyakan orang-orang Melayu dan Cina dan lainnya percaya, katanya, “Pawang itu terlalu pandai hikmah gajah.” Dan lagi, banyak-banyak doa dibacakannya sampai gajah di hutan semuanya takut akan ia, istimewa manusia. Maka sebab itu maka serba bangsa pun ada meminta ubat-ubat dan hikmat-hikmat dan tangkal-tangkal kepadanya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 75)
Melalui petikan di atas, jalan cerita yang digarap oleh Abdullah Munsyi mempamerkan nilai budaya masyarakat pada zaman itu yang mempercayai kehebatan pawang sehingga meletakkan kepercayaan penuh terhadap pawang tersebut. Tetapi Abdullah Munsyi menafikan tindakan dan kepercayaan masyarakat itu dengan mengatakan mereka telah ditipu dan diperbodohkan oleh pawang tersebut.
Selain itu, dalam Hikayat Abdullah banyak diterapkan nilai menyayangi pemimpin. Nilai ini banyak diterapkan kerana nilai menyayangi pemimpin sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu. Nilai ini diamalkan antara antara anggota masyarakat tanpa mengira bangs, umur, ataupun agama. Beberapa contoh petikan menghuraikan nilai menyayangi pemimpin oleh masyarakat:
“Sewaktu Tuan Raffles ada di Singapura, aku berasa senang kerana kebajikanku dalam perhatiannya…”
(Hikayat Abdullah, 2007: 221)
“Aku bertanya, “Tuan hendak ke mana?”
Jawabnya, “Saya hendak pulang ke Eropah.”
Mendengar kata-katanya itu, hatiku sedih seperti kehilangan ibu bapaku. Air mataku berlinang.”
Tetapi Abdullah sangat menentang adat karut ini kerana bertentangan dengan agama Islam.
“Pada zaman itu orang tidak mempedulikan kemahiran menulis. Keutamaan hanya kepada kebolehan membaca al-Quran sahaja”
“Kemudian bapaku mengarah, “Engkau hendaklah ke masjid setiap hari, dan mengaji dalam masjid selepas sembahyang Maghrib.
4.4 Estetika dan Kepengarangan Abdullah Munsyi
4.4.1 Aspek Pemikiran Pengarang
4.4.2 Unsur Pengalaman dalam Penceritaan
4.4.3 Aspek Perasaan
4.4.4 Aspek Keindahan Bahasa
i. Retorik
Retorik pemerian
Retorik pendedahan
ii. Pantun
(Hikayat Abdullah, 2007: 224)
“Lalu naiklah ia ke kapal. Maka segala perahu itu pun berhimpunlah di kapal. Maka orang yang menghantar itu pun masing-masing naiklah memberi tabik… mereka itu dan mengajar mereja itu dengan berbagai-bagai perkataan. Maka adalah kelakuannya kepada segala orang-orang itu seperti anak dengan bapa. Demikianlah sehingga menangis masing-masing…”
(Hikayat Abdullah, 2007: 230)
Melalui contoh petikan di atas, Abdullah menghuraikan nilai kasih sayang dalam diri penduduk Singapura terhadap pemimpin mereka. Tanpa mengira bangsa, penduduk Singapura sangat menghormati tuan Raffles kerana nilai budi bahasanya yang tinggi. Melalui petikan di atas juga Abdullah menggambarkan betapa sedihnya penduduk Singapura dan juga diri pengarang itu sendiri untuk berpisah dan melepaskan Tuan Raffles pulang ke Eropah.
Hikayat ini juga menceritakan cara makan atau adat makan dalam kalangan masyarakat Hindu. Cara makan dalam kalangan masyarakat Hindu diceritakan dengan bermacam jenis cara makan yang telah menjadi satu nilai budaya atau adat kehidupan masyarakat tersebut:
“Orang Hindu itu ada yang makan seperti anjing, iaitu menjilat. Ada pula yang tidak boleh dilihat orang ketika makan. Kalau dilihat, nasi itu akan dibuang dan dikejarnya orang yang melihat itu seperti hendak dibunuhnya. Begitu sekali marahnya. Ada yang masak sendiri di tengah panas, dan makan di situ juga, dengan bermandi peluh. Setelah makan, nasi dan gulai yang lebih di tanam ke dalam pasir. Ada yang mengikat perutnya dengan tiga urat benang. Apabila putus benang itu barulah dia berhenti makan. Ada yang mengambil tanah putih dan tanah merah, dicontengnya dadanya dan lengannya dan dahinya tiga cabang, kemudian disembah di hadapan, kiri dan kanan dank e belakangnya lalu larilah turun ke laut sampai pusat airnya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 81)
Terdapat satu lagi budaya yang diamalkan oleh masyarakat dalam Hikayat Abdullah ini iaitu adat menjual anak. Abdullah menceritakan bahawa beliau menjalani kehidupan normal sewaktu dilahirkan sehingga berusia empat bulan. Namun, pada hari-hari berikutnya, penyakit yang dihadapi Abdullah silih berganti. Banyak wang telah digunakan untuk mengubati penyakitnya. Ada yang mengatakan bahawa Abdullah tidak serasi dibela oleh orang tuanya kerana nama yang dibawanya sangat berat dan besar sehingga menyebabkan pelbagai penyakit melanda dirinya. Malangnya, kesempitan hidup menyebabkan ibu bapa Abdullah menjual Abdullah kepada keluarga yang mempunyai ramai anak. Abdullah dijualkan kepada enam atau tujuh orang dan disusui lima belas atau enam belas orang disebabkan ibunya tidak mempunyai air susu. Namun, adat ini hanya pada nama sahaja.
“Bermula, adapun adat menjual anak itu bukannya seperti menjual hamba, melainkan namanya sahaja, sewing atau lima enam duit, maka duit itu diambil ole ibu bapanya, dibelikannya penganan atau barang-barang makanan untuk dimakannya. Maka kemudian anak itu, dia juga memeliharakan dia, tetapi dinamakan sahaja si anu itu, bukannya kami kedua ibu bapanya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 13)
Tetapi Abdullah sangat menentang adat karut ini kerana bertentangan dengan agama Islam.
“Ini pun suatu kepercayaan yang karut. Adakah dengan sebab dijualkan anak itu umurnya akan panjang, dan jika dipelihara oleh ibu bapanya umurnya akan pendeka? Janganlah kita percaya kepada adat ini.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 12)
Selain nilai budaya, pandangan hidup juga digarap oleh pengarang dalam Hikayat Abdullah. Pandangan hidup merupakan satu konsep mengenani pandangan terhadap alam semesta secara keseluruhannya terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Menurut Syed Naquib al-Attas (1972), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat. Pandangan hidup dari perspektif Islam ialah pandangan tentang reality atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Manakal pandangan hidup orang Melayu biasanya melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, alam dan antara manusia.
Dalam Hikayat Abdullah diterapkan beberapa pandangan hidup iaitu agama dijadikan pegangan hidup masyarakat. Prinsip, aturan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapai cabaran. Agama Islam menjadikan pegangan terpenting yang diceritakan dalam Hikayat Abdullah. Berikut merupakan antara beberapa petikan yang berkaitan dengan amalan yang dilakukan dalam agama Islam:
“Pada zaman itu orang tidak mempedulikan kemahiran menulis. Keutamaan hanya kepada kebolehan membaca al-Quran sahaja”
(Hikayat Abdullah, 2007: 20)
“Kemudian bapaku mengarah, “Engkau hendaklah ke masjid setiap hari, dan mengaji dalam masjid selepas sembahyang Maghrib.
(Hikayat Abdullah, 2007: 25)
“Setelah beberapa bulan kemudian, ibu bapaku bermuafakat dengan adik-beradiknya untuk mengadakan majlis khatam al-Quran dan sunatku.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 25)
Selain itu, dalam Hikayat Abdullah menggambarkan pandangan hidup terhadap kepentingan menuntut ilmu yang sangat ditik bertakan pada zaman tersebut. Pendidikan yang digarap dalam Hikayat Abdullah berkaitan hal-hal keagamaan dan keilmuan terutama berunsurkan keIslaman.
“Setiap hari aku pergi mengaji di tempat belajar dan pada sebelah malamnya aku diajar oleh bapaku di rumah. Banyak kali aku kena pukul dan tampar, dan beberapa papan lohku pecah dihempaskan oleh bapaku ke kepalaku, dan banyak rotan pecah-pecah di tubuhku. Ibuku selalu menangisi keadaanku. Jari-jariku bengkak-bengkak kena pukul kerana salah tulis. Demikianlah sukarnya untuk mendapatkan ilmu, akal, kepandaian dan pelajaran yang baik.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 17)
Pengarang menceritakan bahawa betapa susahnya zamam dahulu untuk mendapatkan ilmu sehingga dipukul, ditampar, dirotan dan berbagai cara lain supaya cepat faham ilmu yang dipelajari.
4.4 Estetika dan Kepengarangan Abdullah Munsyi
Dalam bahagian ini akan dibincangkan salah satu sifat dan ciri terpenting dalam sesebuah karya yang agung iaitu aspek estetika dan kepengarangan. Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al (2016:91), Estetik berhubung dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan. Manakala, kepengarangan ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu. Dalam erti kata lain, estetik dalam sesebuah karya merupakan seni keindahan yang berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan. Seni sastera inilah yang membina sifat kepengarangan dan keunggulan seseorang pengarang. Pengarang yang istiqamah dengan penciptaannya akan memiliki kepengarangannya yang tersendiri. Dengan cara sedemikian, sesungguhnya ia dapat mencipta karya yang bermutu dan berestetika (Mana Sikana, 2004).
Secara umumnya, Hikayat Abdullah karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi telah menerapkan seni kepengarangan berdasarkan estetik atau keindahan yang berkait rapat dengan kesan daripada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan. Pengarang juga telah memancarkan keindahan karya menggunakan bahasa seperti cara pengarang mencerna, mengadun dan mengolah karyanya untuk menyerlahkan aspek keindahan.
4.4.1 Aspek Pemikiran Pengarang
Pemikiran dan falsafah pengarang merujuk kepada keindahan pemikiran yang tinggi dan mempunyai falsafah hidup yang tersendiri dan boleh memberi manfaat kepada para pembaca. Oleh yang demikian, pembaca dapat menerapkan pemikiran dan falsafah yang dipelajari dalam kehidupan mereka. Terdapat contoh teks karya Hikayat Abdullah yang memaparkan keindahan pemikiran:
…“Jangan baca kitab ini. Buangkan karena ini kitab orang putih. Nanti rosak iman kita. “Maka jawabku kepada mereka itu, “Bagaimana engkau boleh tau ini kitab orang putih? Bukankah ini bahasa Melayu? Dan bolehkah ia ini merosakkan iman kita? Apakah ertinya iman itu?...ertinya iman itu yang kuketahui, percaya. Maka jikalau kiranya aku membaca seribu kitab agama lain-lain, jikalau tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman?...Maka diamlah mereka itu…
(Hikayat Abdullah, 2004:102)
Berdasarkan petikan teks tersebut dapat kita lihat bahawa Abdullah seorang yang berfikiran luas dan tidak berfikiran kolot. Beliau telah membuat kritikan terhadap masyarakat Melayu pada waktu itu yang berfikiran sempit dan tentang orang Inggeris dan bahasanya. Pemikiran dan falsafah pengarang yang dikaitkan dengan iman menunjukkan pengarang seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan percaya pada diri sendiri.
Oleh itu, pemikiran dan falsafah pengarang inilah yang menunjukkan bahawa, pengarang mempunyai sikap terbuka terhadap kehadiran orang Inggeris ke Melaka. Pengarang juga menjalinkan hubungan yang sangat baik dan rapat dengan beberapa orang Inggeris. Selain itu, pengarang juga mempunyai hubungan baik dengan seorang paderi bernama Tuan Milne. Walaupun perhubungan tersebut dikecam oleh masyarakat Melayu pada ketika itu, namun beliau masih tetap mengajarkan bahasa Melayu kepada Tuan Milne sekaligus belajar bahasa Inggeris daripada paderi berkenaan. Pengarang yakin pembelajaran bahasa Inggeris akan membawa manfaat kepadanya pada masa akan datang. Hal ini menunjukkan kekuatan pemikiran pengarang terhadap persekitaran berbanding orang-orang Melayu yang berfikiran sempit tentang orang Inggeris dan bahasanya.
4.4.2 Unsur Pengalaman dalam Penceritaan
Aspek keindahan pengalaman merupakan salah satu aspek yang paling ketara dalam hikayat yang dikaji iaitu Hikayat Abdullah. Pada dasarnya, keindahan pengalaman bergantung kepada pengalaman yang luar biasa, belum pernah dialaminya, menarik dan memberi kepuasan. Pengalaman yang dilalui merupakan sesuatu perkara yang realistik. Dalam hikayat ini semestinya menonjolkan keindahan pengalaman kerana pengarang menggarapkan penceritaan yang berdasarkan pengalaman sendiri yang unik dan realistik.
Munsyi Abdullah merupakan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Oleh yang demikian, penulisan Hikayat Abdullah adalah berbentuk autobiografi dalam bentuk realistik. Pengarang menulis hikayat ini berdasarkan pengalamannya sendiri, iaitu kehidupan sebagai manusia yang benar-benar berlaku dan dialaminya sendiri setelah kelahirannya. Hikayat ini adalah berkaitan dengan peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Munsyi Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan ataupun luar kerajaan. Di samping itu, penceritaan dalam hikayat ini juga dikaitkan dengan penduduk tempatan dengan pemerintah. Keseluruhan cerita hikayat ini memperlihatkan diri Abdullah Munsyi yang hadir di dalamnya. Hal ini dapat dilihat melalui penulisan pengarang dalam isi kandungan bukunya dengan menulis:
... maka adalah aku karangkan kitab ini darihal hikayat diriku; maka kunamai akan dia Hikayat Abdullah. Maka adalah kurencanakan dalamnya dari zaman moyangku sampailah kepada masa aku dipersembahkan oleh ibuku dalam negeri Melaka... sehingga barang yang kulihat dan yang kudengar daripada segala hal ehwal zaman-zaman yang tersebut itu; baik dalam negeri Singapura, adalah kusebutkan dalam hikayatku ini, iaitu sehingga kepada tarikh penghabisan kitab.
(Hikayat Abdullah 1:4: Bab 2)
Berdasarkan petikan teks di atas, kita dapat melihat bahawa penceritaan dalam hikayat Abdullah merupakan peristiwa-peristiwa yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan diri pengarang itu sendiri. Hal inilah yang menunjukkan, pengarang menggunakan pengalaman unik yang dialami secara luar biasa dan digarapkan dalam penceritaan karya.
4.4.3 Aspek Perasaan
Aspek keindahan juga berkait-rapat dengan kemampuan sesebuah teks itu bagi menimbulkan perasaan gembira, simpati, marah, terharu dan sebagainya. Selain itu, karya tersebut juga dapat menimbulkan perasaan simpati, geram, benci, cemburu dan sebagainya (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al, 2016:92). Terdapat contoh keindahan perasaan dalam teks Hikayat Abdullah iaitu:
“Aku berasa sedih apabila mengenangkan hal orang Melayu yang masih belum insaf mengenai kemunduran mereka, kerana mereka tidak mahu belajar bahasanya sendiri dan tidak mahu menyediakan tempat untuk belajar bahasanya. Adakah orang yang tiada belajar itu akan pandai sendiri.
(Hikayat Abdullah, 2007:42)
Petikan teks tersebut jelas menunjukkan bahawa, pengarang bijak membawa dan menarik perasaan pembaca mengetahui kesedihan memikirkan nasib orang Melayu yang tidak berusaha untuk memajukan diri mereka. Pengarang mengetengahkan aspek perasaan dalam penulisan agar pembaca dapat juga dapat merasakan perasaan yang sama apabila membacanya.
4.4.4 Aspek Keindahan Bahasa
Dalam sesebuah karya, keindahan dalam berbahasa merupakan aspek yang sangat penting untuk ditonjolkan. Hikayat Abdullah yang telah dikaji sememangnya menunjukkan pengarang sebagai seorang yang menggunakan kesenian dan keindahan berbahasa dalam penulisan. Penggunaan bahasa yang indah memerlukan teknik atau kaedah yang pelbagai. Dalam hikayat ini, antara estetika bahasa yang digunakan ialah retorik, peribahasa dan perumpamaan, pantun, bahasa asing dan gaya bahasa seperti simile dan hiperbola.
i. Retorik
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. Abu Hassan Abdul & Mohd Rashid Md Idris 2013:14 menyatakan bahawa retorik merupakan seni berbahasa yang sangat mementingkan kesampaian maksud dengan cara manipulasi segala unsur bahasa sama ada aspek tatabahasa, semantik, estetik dan logik. Dalam hikayat ini, pengarang menggarapkan retorik pemerian dan pendedahan.
Retorik pemerian
Pemerian merupakan penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Bertujuan untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.
…Kawasan itu semak belaka. Hanya di padang itulah tiada berhutan besar, tetapi dipenuhi pokok-pokok ambuing, malapari, bulangan dan tulang-tulang kayu. Di seberang sungai kelihatan pokok-pokok bakau, api-api, buta-buta, jeruju dan tulang-tulangnya sahaja. Ada sebuah bukit yang tinggi di hujung tanjung Kuala Singapura…
(Hikayat Abdullah, 2007:161)
Berdasarkan petikan teks diatas, pengarang menjelaskan gambaran Kuala Singapura dengan lebih terperinci menyebabkan pembaca dapat membayangkan gambaran secara keseluruhan.
Retorik pendedahan
Retorik pendedahan adalah untuk mendedahkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Selain itu juga, digunakan untuk memerihalkan sesuatu yang lebih jelas dan terperinci untuk memberi idea atau maklumat kepada pembaca atau pendengar.
…Akan tetapi, setelah aku mendapat pelajaran dan akal sedikit-sedikit serta membaca kitab-kitab, tambahan pula telah bercampur-campur dengan orang berakal, orang putih bahawasanya kuketahuilah sekalian itu bohong, lagipun penipu besar, adanya…
(Hikayat Abdullah, 2007:114)
Petikan teks tersebut memperlihatkan pengarang mendedahkan perkara tentang orang putih yang banyak menggunakan tipu helah untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
ii. Pantun
Secara umumnya, pantun merupakan ciptaan asli orang Melayu. Pantun dalam Kamus Dewan Edisi Keempat 2010, bermaksud puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dua baris pertama merupakan pembayang dan yang selainnya merupakan baris maksud. Dalam Hikayat Abdullah, pengarang juga bijak menggunakan pantun untuk menghasilkan keindahan bahasa dalam penceritaan. Berikut merupakan contoh pantun yang terdapat dalam hikayat ini:
Apakah guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya,
Apalah guna berbini cantik,
Kalau tidak dengan budinya.
Kalau tidak dengan sujinya,
Pakaian Jawa di rumahnya,
Kalau tidak dengan budinya,
Jauhkan dirimu daripadanya.
(Hikayat Abdullah, 2007:76)
Berdasarkan contoh pantun diatas, pengarang menggambarkan keadaan perempuan yang mempunyai paras rupa cantik akan membuatkan suami tundduk di bawah kakinya. Beliau berpendapat perempuan yang berperangai seperti demikian perlu dihindari. Hal ini kerana, sikap yang sedemikain rupa akan mendatangkan bencana, menghancurkan hati dan menimbulkan banyak persengketaan.
Dalam hikayat ini, pengarang juga menggunakan peribahasa sebagai seni bahasa untuk membentuk penulisan yang memiliki nilai estetikanya yang tersendiri. Peribahasa dalam Kamus Dewan Edisi Keempat 2010, bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungu pengertian yang tertentu. Menurut Za’ba dalam Abdullah Yusof (2012), peribahasa ialah susunan cakap pendek yang melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya. Penggunaan peribahasa dalam hikayat ini dapat dilihat dalam petikan berikut.
“Ibuku sungguh gembira melihat aku boleh bertutur pelat-pelat. Semakin bertambahlah kasihnya. Seperti menatang minyak yang penuh dia memelihara aku.
(Hikayat Abdullah, 2007:13)
Pengarang menggunakan peribahasa seperti menatang minyak yang penuh bagi menggambarkan kasih sayang ibu beliau yang menjaganya dengan begitu baik. Ibunya tidak memberi kepercayaan kepada orang lain untuk memberi makan atau memandikan menidurkan beliau. Keindahan penggunaan peribahasa ini juga bagi menyatakan bahawa kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak begitu besar dan suci.
iii. Bahasa Asing
Bahasa Inggeris
“Sebermula maka tersebutlah perkataan “chapel” atau tempat sembahyang orang putih di Melaka”.
(Hikayat Abdullah, 2004)
Pengarang mengetengahkan pengunaan perkataan chapel bagi merujuk gereja kecil yang digunakan oleh orang-orang putih untuk sembahyang.
Bahasa Arab
“Maka dalam segala hal yang tersebut itu telah yakin hatiku mengatakan bahawa dapat tiada adalah juga beberapa kesalahan dalamnya daripada khilaf atau lupa...”
(Hikayat Abdullah, 2007)
Perkataan khilaf merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab yang bermaksud salah kerana kecuaian, kurang pengalaman, keliru atau silap.
Bahasa Portugis
Di sebelah bukit itu terletak penjara, kata orang Melaka “miskurdi”, iaitu bahasa portugisnya misericordia, maknanya temapt kasihan. Satu lagi namanya terongko, ertinya tempat pasung, juga bahasa portugis.
(Hikayat Abdullah, 2007:47)
Bahasa Portugis ini dapat dilihat dalam penulisan beliau yang menggambarkan perang yang berlaku di Kota Melaka. Orang-orang yang melakukan kesalahan akan dipenjarakan dalam “miskurdi”. Bagi orang yang melakukan kesalahan besar akan di dimasukkan ke dalam terongko iaitu tempat pasung yang sangat gelap iaitu siang dan malam sama sahaja.
Bahasa Keling
“Bapaku pun kembali dari Siak. Setelah sampai, dia bertanyakan halku kepada nenek, dia memanggil nenekku aci, iaitu bahasa keling, ertinya kakak”.
(Hikayat Abdullah, 2007 :16)
Penggunaaan bahasa keling iiatu aci menggambarkan bapa Abdullah menggelarkan ibunya sebagai aci kerana umur ibunya yang sangat muda iaitu tiga belas tahun sewaktu melahirkannya. Oleh yang demikian, bapa Abdullah memangil ibunya aci sejak dari kecil.
iv. Simile
Dalam Hikayat Abdullah ini, penggunaan majaz perbandingan dapat dilihat dengan unsur simile. Gaya bahasa simile merupakan penggunaan gaya bahasa yang membandingkan dua hal padahal berlainan ataupun sengaja dianggap sama. Simile juga lebih menggunakan perkataan “seperti”, “umpama”, dan sebagainya. Sebagai contoh :
“Maka kulihat akan hal negeri Singapura daripada masa itu, seperti kelakuan perempuan kematian suaminya: rambutnya pun kusut, mukanya pun masam, duduklah ia dengan dukacitanya karena serinya telah tiada.”
(Hikayat Abdullah, 2007 : 213)
Berdasarkan contoh gaya bahasa di atas, penulis menggunakan gaya bahasa simile tersebut dengan menyamakan keadaan Singapura yang kehilangan seorang pemimpin ketika itu. Penduduk Singapura berasa sangat sedih dan perasaan sedih tersebut dinyatakan seperti gaya bahasa simile di atas.
v. Hiperbola
Penggunaan majaz pertentangan dapat dilihat dengan penggunaan gaya bahasa hiperbola. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005:60), perkataan hiperbola berasal daripada bahasa Yunani yang terdiri daripada perkataan “hyper” yang bermaksud melebihi dan “ballien” bererti meluahkan atau mengeluarkan. Dalam Hikayat Abdullah, penggunaan hiperbola ini dapat dilihat bagaimana Abdullah menggambarkan kepanjangan rambutnya yang tidak bercukur kerana beliau jatuh sakit. Berikur merupakan contoh teks yang terdapat dalam Hikayat Abdullah:
“Hatta maka hari pun sianglah maka kurasakan badanku tiada berketahuan terlalu panas, sebab rambutku terlalu panjang dari Singapura sampai ke Melaka tiada bercukur kerana tiada diberi oleh mereka itu, katanya ‘nanti bentan’.
(Hikayat Abdullah, 2007 : 323)
Berdasarkan contoh diatas, penggunaan hiperbola ini dapat dilihat bagaimana Abdullah menggambarkan kepanjangan rambutnya yang tidak bercukur kerana beliau jatuh sakit.
4.5 Nilai Ilmu Dalam Hikayat Abdullah
4.5.1 Jenis-Jenis Ilmu dalam Hikayat Abdullah
i. Ilmu pendukunan
Syahadan, maka adalah pada masa itu, dalam Melaka datang seorang, iaitu datang dari Terengganu, bernama Pawang Gajah. Maka asalnya ia orang Kedah yang tau pada ilmu gajah dan berbagai-bagai ubatan.
ii. Ilmu Firasat
"Jikalau diusiknya sahaja kota ini, nescaya banyaklah orang mati, karena ada beberapa banyak jin syaitan dalam kota itu."
iii. Ilmu Jampi
Maka apabila sangatlah ia hendak merempuh kandang itu rupanya, maka diambil oleh pawang itu sedikit batang pisang dibaca-bacakannya, kulihat dicampakkannya ke dalam kandang itu. Maka berhentilah ia sebab merebut makanan itu.
4.5.2 Penggunaan Ilmu Jampi Dalam Masyarakat Melayu
i. Maklumat Tentang Strata Sosial
ii. Raja/Sultan
Sebermula, maka segala orang Melaka daripada empat bangsa orang pun terlalu sangat kasih dan setuju berajakan Tuan Farquhar itu.
iii. Peniaga
Hatta dengan beberapa lamanya ia di sana pekerjaannya sambil berniaga sambil mengajar orang-orang hulu itu daripada hal mengaji dan sembahyang dan sebagainya darihal perkara agama Islam.
v. Adat Istiadat
RUJUKAN
Abdullah Abdul Kadir. (1974). Hikayat Abdullah, Jilid II. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Hamzah Hamdani (2007). Hikayat Abdullah. Batu Caves: PTS Fortuna.
https://blogbudaya.wordpress.com/2008/01/28/budaya-pengertian-dan-definisi/
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Siti Aisah Murad. (1996). Abdullah Munsyi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zahari A. Rashid. (2008). Kenang- Kenangan Abdullah Munsyi. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu dapat ditakrifkan sebagai pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Justeru itu, ilmu adalah hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita untuk menyebarkannya kepada orang lain dalam pelbagai bentuk maklumat. Menurut Seri Lanang Jaya et.al (2016) dalam buku Karya Agung Melayu, menyatakan fungsi maklumat yang disebarkan itu dalam bentuk pelbagai fungsi. Antara fungsi sesuatu ilmu itu disebarkan ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mengembangkan lagi perkara yang mengandungi pelbagai kemusykilan dan lain-lain. Ilmu yang terdapat dalam Hikayat Abdullah iaitu ilmu pendukunan, ilmu firasat dan ilmu jampi.
4.5.1 Jenis-Jenis Ilmu dalam Hikayat Abdullah
i. Ilmu pendukunan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan menggunakan bacaan jampi serapah dan sebagainya. Dukun juga turut dikenali dengan panggilan bomoh dan pawang. Manakala definisi ilmu pendukunan ialah yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun, di rantau sebelah sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau sudah menjadi rempah dalam kehidupan. Menurut Seri Lanang Jaya et. Al (2016) dalam Karya Agung Melayu, menyatakan bahawa kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme.
Dalam kepercayaan animisme, mereka menganggap benda-benda yang mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu,wujudlah aktiviti pemujaan atau penyembahan kepada alam sekitar seperti batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai, gunung-ganang dan fenomena lain. Dukun atau bomoh juga dapat menghubungi semua kuasa ghaib yang ada pada binatang terutama pada yng liar dan berbisa. Mereka dapat mengetahui kelemahan yang ada pada binatang-binatang ini dengan menggunakan jampi. Selain itu, ada juga sesetengah bomoh handal pada sesuatu bidang sahaja. Misalnya, bomoh ular, bomoh gajah dan lain-lain.
Dalam karya agung Hikayat Abdullah, terdapat masyarakat pada zaman dahulu yang menggunakan ilmu pendukunan ini. Mereka menggunakan ilmu pendukunan untuk tujuan yang tertentu. Dukun yang mengamalkan ilmu pendukunan yang mengamalkan bacaan jampi ini dikenali sebagai pawang. Di bawah ialah contoh petikan teks yang menunjukkan penggunaan ilmu jampi dalam Hikayat Abdullah.
Syahadan, maka adalah pada masa itu, dalam Melaka datang seorang, iaitu datang dari Terengganu, bernama Pawang Gajah. Maka asalnya ia orang Kedah yang tau pada ilmu gajah dan berbagai-bagai ubatan.
(Hikayat Abdullah: 51)
ii. Ilmu Firasat
Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka yakni pada badan, kaki, tangan atau lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu dapat merasa, melihat atau mengetahui terlebih dahulu segala seseuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat juga seseorang itu dapat mengetahui kelemahan atau kekuatan orang lain, antaranya berdasarkan nama, tarikh lahir, hari atau ketika. Hal ini sangat penting terutamanya dalam kalangan pahlawan-pahlawan kerana dengan itu ia boleh membantu mereka menewaskan musuh. Maksud firasat dari segi Islam ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah SWT. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi).
Menurut Seri Lanang Jaya et.al (2016) dalam Karya Agung Melayu, menyatakan bahawa Sejarah Melayu telah memaparkan dengan jelas perkara tersebut dalam episod serangan Melaka ke atas Pahang.Bendahara Paduka Raja memerintahkan agar pahlawannya mengejar Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Dalam Hikayat Abdullah turut dinyatakan dengan jelas mengenai penggunaan ilmu firasat dalam kalangan masyarakat pada ketika itu. Di bawah merupakan antara contoh petikan teks yang memaparkan akan perihal ilmu firasat pada ketika itu:
"Jikalau diusiknya sahaja kota ini, nescaya banyaklah orang mati, karena ada beberapa banyak jin syaitan dalam kota itu."
(Hikayat Abdullah, 41).
iii. Ilmu Jampi
Harun Mat Piah (1989) menjelaskan bahawa jampi ialah semua jenis pengucapan sama ada dalam bentuk prosa atau puisi yang mengandungi tujuan dan konotasi magis, pengubatan dan perbomohan. Jampi dalam erti kata lain disebut juga sebagai mantera, serapah, sembur, puja, seru, tangkal dan lain-lain lagi. Haron Daud (2001) pula menyatakan bahawa jampi ialah semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi atau bahasa berirama yang mengandungi unsur magik dan diamalkan oleh orang tertentu, terutama bomoh dengan tujuan kebaikan atau sebaliknya. Menurut Mana Sikana (1996), jampi bukan hanya sekadar penglahiran perasaan seperti puisi. Ia mempunyai hubungan dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Jampi juga dikatakan sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian terutamanya dalam bidang perubatan. Pawang sebagai pembaca jampi adalah manusia yang luar biasa dan disifatkan sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.
Menurut Seri Lanang Jaya et.al (2016) dalam Karya Agung Melayu, menyatakan bahawa kedudukan pawang dalam hierarki kemasyarakatan adalah jelas. Jampi mentera yang diucapkan telah mendapat tempat yang istimewa pada ketika itu. Jampi mempunyai unsur-unsur pemujaan , perubatan, kasih sayang, pendinding dan berhubung dengan psikologi manusia. Biasanya pawang, dukun, bomoh atau orang yang memakainya tidak begitu mudah membrikan jampi serapahnya kepada orang lain. Mereka bimbang jampi serapah yang diketahui itu tidak mujarab lagi, melainkan orang yang sudah menuntut dan orang lain tidak boleh menggunakannya lagi.
Yang menariknya, jampi yang disampaikan adalah dalam bahasa banjar. Penjelasan tersebut sememangnya jelas menunjukkan bahawa kepercayaan yang masih sebati terhadap kuasa ghaib seperti yang terdapat dalam kuasa jampi. Jampi-jampi dikatakan boleh diwarisi oleh orang tertentu. Petikan teks dibawah merupakan antara bukti yang dijumpai penggunaan jampi dalam Hikayat Abdullah.
Maka apabila sangatlah ia hendak merempuh kandang itu rupanya, maka diambil oleh pawang itu sedikit batang pisang dibaca-bacakannya, kulihat dicampakkannya ke dalam kandang itu. Maka berhentilah ia sebab merebut makanan itu.
(Hikayat Abdullah: 54)
4.5.2 Penggunaan Ilmu Jampi Dalam Masyarakat Melayu
Jampi merupakan susun kata yang dipercayai dapat memberi kesan ke atas perkara tertentu yang dihajati. Contohnya untuk menyembuhkan penyakit, air, minyak atau bahan tertentu yang dijampikan dan digunakan sama ada dengan menyapukan ke tempat yang sakit atau dimandikan untuk menyembuhkan penyakit. Jampi juga digunakan oleh orang dahulu kala dalam melakukan amalan harian seperti ketika mandi, ketika menyikat rambut, ketika keluar rumah dan sebagainya sama ada bertujuan untuk kecantikkan, keselamatan dan sebagainya.
i. Maklumat Tentang Strata Sosial
Stratifikasi Sosial merujuk kepada satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori manusia dalam sesuatu masyarakat. Stratifikasi sosial masyarakat Melayu yang berperingkat jelas telah diperincikan dalam Hikayat Abdullah. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun masih lagi dapat dikesan kedudukan masyarakat Melayu pada zaman tersebut.
Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua golongan atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah dan diperintah masing-masing terbahagi pula kepada beberapa kelompok yang lebih kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan dalam masyarakat.
ii. Raja/Sultan
Raja/sultan merupakan golongan yang berada di kedudukan paling atas dalam strata sosial masyarakat Melayu. Golongan sultan merupakan golongan yang paling dihormati dan rakyat perlu menunjukkan taat setia yang tinggi terhadap sultan. Mereka tidak boleh menderhakai raja/sultan kerana mereka adalah golongan tertinggi.
Sebermula, maka segala orang Melaka daripada empat bangsa orang pun terlalu sangat kasih dan setuju berajakan Tuan Farquhar itu.
(Hikayat Abdullah: 51)
iii. Peniaga
Peniaga merupakan salah satu golongan yang termasuk dalam strata sosial dalam Hikayat Abdullah. Berdasarkan Hikayat Abdullah, didapati bahawa golongan peniaga adalah paling ramai wujud pada zaman tersebut. Kewujudan para peniaga ini telah melahirkan ramai golongan orang kaya. Di bawah ialah contoh yang menunjukkan golongan peniaga terdapat dalam strata sosial dalam Hikayat Hang Tuah.
Hatta dengan beberapa lamanya ia di sana pekerjaannya sambil berniaga sambil mengajar orang-orang hulu itu daripada hal mengaji dan sembahyang dan sebagainya darihal perkara agama Islam.
(Hikayat Abdullah: 7)
v. Adat Istiadat
Masyarakat Melayu mempunyai adat dan istiadat yang perlu dipatuhi. Dalam Hikayat Abdullah, terdapat banyak adat istiadat yang digambarkan dan digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Di bawah ialah contoh petikan teks yang terdapat dalam Hikayat Abdullah.Adat istiadat merupakan salah satu kepentingan utama dalam masyarakat Melayu. Adat istiadat ini dijadikan pegangan yang kukuh kerana adat ini melambangkan maruah orang-orang Melayu. Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Dalam Hikayat Abdullah, terdapat banyak adat istiadat yang digambarkan dan digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Di bawah ialah contoh petikan teks yang terdapat dalam Hikayat Abdullah.
Bermula, adapun adat menjualkan anak itu bukannya seperti orang menjual hamba, melainkan namanya sahaja, sewang atau lima enam duit, maka duit itu diambil oleh ibu bapanya, dibelikannya penganan atau barang-barang makanan, dimakankannya.
(Hikayat Abdullah: 15)
Kesimpulannya, nilai ilmu dan maklumat yang terdapat dalam Hikayat Abdullah sedikit sebanyak telah memberikan kita satu pengetahuan tentang penggunaan ilmu jampi, ilmu firasat dan ilmu pendukunan dalam masyarakat Melayu Melaka pada zaman dahulu. Munsyi Abdullah telah memperincikan setiap pengalaman yang dilalui dengan baik sekali. Di samping itu,terdapat juga maklumat tambahan lain yangdidedahkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu iaitu berkaitan strata sosial masyarakat dan adat istiadat.
5.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Hikayat Abdullah merupakan satu karya agung yang memperihalkan pengalaman dan kisah hidup sebenar Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sejak dilahirkan sehingga meninggal dunia. Hikayat Abdullah telah merangkumi ketokohan pengarang, pemikiran, estetika dan kepengarangan, nilai budaya dan pandangan hidup, nilai ilmu dan falsafah yang telah dikemukakan dalam karya tersebut. Setiap aspek itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari.
Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi dan cerita legenda, karya Abdullah berkisarkan tentang realisme kehidupan pada masa itu. Jika diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Segala peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga 1840 M, cuba dipaparkan di dalam hikayat ini. Dalam kata lain, buah tangannya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan dokumentasi yang penting kepada semua pihak pada masa itu sehinggalah kini.
RUJUKAN
Abdullah Abdul Kadir. (1974). Hikayat Abdullah, Jilid II. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Hamzah Hamdani (2007). Hikayat Abdullah. Batu Caves: PTS Fortuna.
https://blogbudaya.wordpress.com/2008/01/28/budaya-pengertian-dan-definisi/
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Siti Aisah Murad. (1996). Abdullah Munsyi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zahari A. Rashid. (2008). Kenang- Kenangan Abdullah Munsyi. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.
terima kasih sgt membantu
ReplyDelete