Biodata peribadi tokoh pengarang karya agung Melayu dan peranan serta sumbangan mereka dalam perkembangan bahasa dan peradaban Melayu.
1.0 Pengenalan
Menurut
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris
(2016:2), Karya Agung ialah karya ulung yang meninggalkan kesan budaya,
pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama
sesuatu bangsa. Manakala, Karya Agung Melayu adalah karya-karya agung yang
ditulis atau dilisankan seperti pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain lagi
dalam bahasa Melayu tanpa mengira kelompok bangsa dan etnik dalam kawasan dunia
Melayu, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu atau orang Melayu
Brunei dan sebagainya yang menghasilkan karya-karya tersebut. Karya Agung Dunia
Melayu pula merujuk kepada karya agung di kawasan dunia Melayu yang terdapat
dalam bahasa-bahasa serumpun yang lain.
2.0 Biodata
Peribadi Tokoh Pengarang Karya Agung Melayu
2.1 Munsyi Abdullah
Munsyi
Abdullah terkenal sebagai seorang penulis yang agung dan menjadi Bapa
Kesusasteraan Melayu Moden. Munsyi Abdullah atau nama sebenar beliau Abdullah
bin Abdul Kadir Munsyi telah dilahirkan pada tahun 1796 di Kampung Masjid atau
nama lainnya Kampung Pali, Melaka. Ayahnya berketurunan Arab Yaman, manakala
ibunya Salamah berketurunan India.
Beliau seorang yang memiliki banyak ilmu pengetahuan kerana sejak dari
kecil bapanya telah mengajaar beliau mengaji al-Quran dan tulisan jawi serta
tatabahasa Melayu. Beliau juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan bahasa
Inggeris.
Kemahiran
Abdullah dalam banyak bahasa dan kepintaran dalam pelbagai ilmu inilah
menyebabkan beliau diberi gelaran “munsyi” yang bermaksud guru ketika berusia
11 tahun. Selain menjadi guru bahasa, Munsyi Abdullah juga pernah menjadi guru
agama, penterjemah, wartawan dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris. Beliau
juga pernah memangku jawatan pengetua di Anglo Chinese College ketika Paderi
Thomson pulang bercuti di England. Menurut Hamzah Hamdani (2007), Munsyi
Andullah telah menghasilkan dua buah karya yang penting, iaitu Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah (1849), yang merupakan
genre memoir dan tersebar luas melalui alat percetakan. Munsyi Abdullah telah
meninggal dunia ketika berusia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika dalam
perjalanan ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji.
2.2 Hamzah
Fansuri
Hamzah
Fansuri atau nama penuhnya Syeikh Hamzah
al-Fansuri merupakan seorang sasterawan dan ulama tasawuf yang banyak mengetengahkan aspek kerohanian,
keilmuan, bahasa, sastera dan falsafah. Menurut Abdul Hadi W.M, (1995), Hamzah
Fansuri merupakan seorang cendekiawan, ulama tasawuf, sasterawan dan budayawan
terkemuka di Alam Melayu yang hidup antara pertengahan abad ke-16 sehingga awal
abad ke-17. Tarikh lahir Hamzah Fansuri secara tepatnya belum dapat ditentukan
oleh mana-mana pengkaji sehingga hari ini Hamzah Fansuri telah dilahirkan di
sebuah tempat yang disebut Barus atau Fansur. Menurut A. Hasymi dalam dalam Hj.
Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1996), Fansur adalah satu tempat yang terletak
antara Kota Singkel dengan Gosong Telaga atau Aceh Selatan. Terdapat juga
pendapat lain yang menyatakan bahawa, Hamzah Fansuri telah dilahirkan di
Syahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan kemudian berhijrah serta menetap di
Barus.
Hamzah
Fansuri telah menuntut ilmu di Aceh dan pernah mengembara ke pelbagai tempat,
antaranya ke Banten, Jawa Barat. Beliau juga pernah mengembara ke seluruh Tanah
Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, India, Parsi, dan Tanah Arab. Beliau memiliki
kemahiran dalam pelbagai bidang ilmu misalnya ilmu-ilmu fiqh, tasawuf,
falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera banyak lagi. Manakala dalam
bidang bahasa pula, beliau menguasai dengan baik seluruh sektor ilmu Arabiyah
dan fasih berucap menggunakan bahasa tersebut. Beliau juga berkebolehan dalam
berbahasa Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa. Tarikh dan tempat kewafatan Hamzah
fansuri yang tepat juga tidak dapat dibuktikan sehingga kini. Namun, menurut Muhammad
Naquib al-Attas, Hamzah Fansuri meninggal dunia pada tahun 1607.
2.3 Raja Ali Haji
Menurut Ismail Hamid (1987:262), Raja Ali Haji atau nama sebenar
beliau iaitu Raja Ali Haji Ibni Raja Haji Ahmad dilahirkan pada 1808 M di Pulau
Penyengat iaitu sebuah daripada kepulauan Riau dan berasal daripada keturunan
orang besar-besar Bugis. Tarikh beliau meninggal dunia menjadi perdebatan
kerana tidak dapat dipastikan namun ada pihak yang menyatakan bahawa Raja Ali
Haji meninggal dunia pada tahun 1873 di Pulau Penyengat. Beliau merupakan
putera kepada Raja Ahmad dan Encik Hamidah binti Panglima Malik Selangor. Raja
Ali Haji merupakan ulama serta tokoh sasterawan Melayu yang terkemuka dan
terkenal dengan karya beliau iaitu Tuhfat al-Nafis. Menurut Azhar Wahid
dan Razali Ayob (2012:114), karya-karya
penulisan Raja Ali Haji merangkumi pelbagai aspek seperti agama, bahasa,
sastera, sejarah dan undang-undang. Antara hasil karya beliau yang lain ialah Bustanul-Katibin,
Kitab Pengetahuan Bahasa, Kitab Salasilah Melayu dan Bugis, dan beberapa
karya syair, karya pantun serta karya undang-undang.
Dalam aspek pendidikan pula, latar belakang
pendidikan Raja Ali Haji sewaktu kecil agak kurang jelas. Menurut Sahlan Mohd
Saman (1994:111), Raja Ali Haji dikatakan menerima pendidikan tradisional
sebagaimana kanak-kanak Islam yang lain iaitu dengan belajar membaca al-Quran
dan aspek fardu ain serta diajar oleh bapa beliau sendiri iaitu Raja Ahmad yang
juga merupakan seorang intelek pada zamannya. Raja Ali Haji juga memperluas
ilmu tentang agama semasa mengikuti ayahnya ke Mekah pada usia 18 tahun. Siti
Hawa Hj. Salleh (1987:196) turut menyatakan bahawa Raja Ali Haji merupakan guru
agama kerana pernah menjadi guru agama di Pulau Penyengat dan Yamtuan Muda Riau
merupakan antara anak murid beliau.
2.4 Tun Seri Lanang
Tun
Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang telah dilahirkan dalam tahun 1565M
di Seluyut, Johor Lama. Di Johor Lama beliau telah dilantik sebagai bendahara
kepada dua sultan iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II tahun 1570M hingga
1597M dan Sultan Alauddin Shah III tahun 1597M hingga 1612M. Pada Mei 1612M,
Tun Seri Lanang telah menerima titah raja Abdullah atau Yang dipertuan di Hilir
untuk mengarang Sulalatus Salatin iaitu semasa Raja Abdullah bersemayam di
Pasir Raja atau dikenali Pekan Tua. Semenjak tahun 1613M, Sultan Aceh
Darusssalam yang terkenal iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636M)
telah membuat serangan ke atas banyak negeri-negeri Melayu termasuk Johor Lama,
Pahang Lama, Perak dan kerajaan-kerajaan lainnya, dibuat sebagai strategi
Sultan Iskandar Muda untuk menghambat pengaruh dan kuasa Portugis dari
kepulauan Melayu serta meluaskan kepentingan kerajaannya yang besar.
Antara peristiwa yang telah berlaku
ialah peristiwa Perang Batu Sawar yang
melibatkan serangan tentera Aceh ke atas ibukota Kesultanan Johor Lama. Selesai
berperang, Sultan Johor iaitu Sultan Alauddin, Raja Abdullah, Bendahara Tun
Seri Lanang, panglima serta orang-orang besar Johor telah ditawan dan dibawa
balik ke negeri Aceh. Sultan Johor
kemudiannya telah pulang ke Johor sementara Tun Seri Lanang terus tinggal di
Aceh sehingga masa kemangkatannya. Pada 1613M sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
telah melantik Tun Seri Lanang sebagai Uleebalang Kenegerian Samalanga, yang
bersifat pemerintah otonomi dalam sebuah jajahan Kesultanan Aceh. Di samping
itu, beliau telah dilantik sebagai penasihat kepada tiga sultan Aceh iaitu
Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan
Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Di Acheh, Tun Seri Lanang
turut digelar Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.
Pada 1659M, Tun Seri Lanang telah
meninggal dunia di Samalanga, Aceh dan zuriatnya berterusan menjadi pemeritah
otonomi di sana manakala sebahagian zuriatnya kembali ke Johor lalu ditakdirkan
menjadi Raja-raja Melayu khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor Moden
sehingga ke hari ini. Makam Tun Seri Lanang telah dipugar dan dijaga oleh pihak
berkuasa di Samalanga dan sentiasa dikunjungi oleh peminat dan pengkaji
sejarah, khususnya dari Malaysia dan Indonesia.
3.0 Peranan dan Sumbangan tokoh dalam Bahasa
dan Peradaban Melayu
3.1 Munsyi Abdullah
Munsyi
Abdullah merupakan seorang tokoh agung Melayu yang banyak memainkan peranan
untuk mengembangkan bahasa dan peradaban Melayu dalam penulisannya. Beliau telah
dilantik sebagai jurutulis dan penterjemah ketika Stamford Raffles membuat
lawatan ke Melaka kali ketiga. Beliau pernah membantu paderi Thomson dan Milne
menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu. Semasa menetap di Singapura,
beliau tetap meneruskan kerja-kerja utamanya seperti di Anglo-Chinese College
di Melaka, iaitu sebagai jurucetak, jurubahasa dan mengajar bahasa Melayu
kepada pedagang-pedagang yang berada di Singapura. Hal ini menyebabkan bahasa
Melayu lebih berkembang dalam kalangan masyarakat.
Munsyi
Abdullah merupakan seorang tokoh yang dianggap Bapa Kesuassteraan Melayu yang
memperkenalkan banyak autobiografi dalam penulisan berdasarkan pengalaman
beliau sendiri. Melalui penulisan Munsyi Abdullah, pembaca dapat menghayati
kehidupan masyarakat Melaka dan Singapura pada abad ke-19 yang terdiri daripada
pelbagai bangsa. Beliau juga telah membawa pembaharuan dari segi isi dan bentuk
penulisan dengan menggunakan pengalaman dan pemerhatiannya dalam masyarakat dan
meninggalkan kisah dongeng dan mitos seperti yang terdapat dalam karya sastera
Melayu tradisional lain.
Penulisan
Abdullah banyak mengetengahkan kritikan yang tegas terhadap sikap bangsa Melayu
yang tidak menghargai bahasanya sendiri. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa
ibunda masyarakat Melayu itu sendiri dianggap kurang penting dan tidak perlu
dipelajari. Beliau berusaha menarik kesedaran bangsa Melayu itu sendiri untuk
mencintai bahasa sendiri dengan menunjukkan beliau gigih mempelajari bahasa
Melayu walaupun berketurunan Arab-India. Selain itu, beliau juga memperlihatkan
kepentingan mempelajari pelbagai bahasa seperti yang beliau pelajari iaitu
bahasa Tamil, Hindustan, Arab, Cina dan Inggeris. Dalam aspek peradaban Melayu,
beliau juga memperlihatkan unsur nasihat dalam penulisannya yang menasihati
orang Melayu dan golongan bangsawan agar berjuang mencari ilmu dan tidak
percaya kepada amalan-amalan karut. Beliau menyatakan bahawa manusia dijadikan
oleh Allah S.W.T lengkap sempurna iaitu berakal, berfikiran dan berbudi. Oleh
yang demikian, bangsa Melayu sepatunya berusaha mencari akal dan fikiran yang
mendatangkan faedah (Hamzah Hamdani, 2007: 387).
3.2 Hamzah
Fansuri
Hamzah
Fansuri merupakan penulis pertama kitab keilmuan dalam bahasa Melayu dan hasil
penulisannya ini berjaya mengangkat martabat bahasa Melayu dari sekadar lingua
franca menjadi bahasa intelektual dan ekspresi keilmuan yang hebat. Menurut Seri
Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd.Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris (2016), dalam
bidang bahasa, Hamzah Fansuri menjadi orang pertama melahirkan kitab ilmiah
bahasa Melayu yang mempertingkatkan darjat bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa
intelektual dan penting dari aspek penyebaran ilmu dan persuratan.
Hamzah
Fansuri turut memberikan sumbangan yang besar dalam peradaban Melayu di rantau
ini, terutamanya dalam kebudayaan Islam bangsa Melayu. Dalam bidang
kesusasteraan, Hamzah Fansuri mempelopori penulisan puisi-puisi falsafah dan
mistik bertemakan Islam. Ketinggian falsafah yang terkandung dalam bait-bait
puisinya sangat sukar ditandingi oleh penyair lain. Beliau adalah orang pertama
yang memperkenalkan syair empat baris dengan pola rima akhir berbunyi a,a,a,a.
Beliau juga berjaya menjadikan dasar-dasar puitika dan estetika melayu semakin
mantap dan kukuh.
Karya-karyanya
memancarkan kesatuan estetika, kepaduan, keutuhan dan kesejagatan yang
membentuk perubahan dan pembangunan dalam bahasa dan peradaban Melayu. secara
keseluruhannya, penulisan Hamzah Fansuri adalah untuk mengajak para pembaca
karya beliau supaay berfikir ke arah membentuk budi pekerti dan sebagai seorang
penyair agama yang bukan sekadar sebagai hiburan semata-mata.
3.3 Raja Ali Haji
Raja Ali Haji banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan kesusasteraan dan peradaban Melayu. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam bidang intelektual yang berupa hasil karya yang merangkumi pelbagai bidang antaranya bidang keagamaan, sastera, politik, filasat, hukum, ketatanegaraan dan tatabahasa. Contohnya dalam Gurindam Dua Belas, karya ini mengandungi dua belas fasal yang bersangkut paut dengan hal-hal ibadah, tugas ibu bapa dalam mendidik anak, tanggungjawab raja, tanggungjawab anak kepada orang tua, tentang perbuatan yang sia-sia dan sebagainya. Selain itu, beliau juga memainkan peranan besar dalam ilmu nahu melalui Kitab Pengetahuan Bahasa yang dianggap sebagai kamus nahu bahasa Melayu. Menurut Azhar Wahid dan Razali Ayob (2012:116), di samping mengandungi erti perkataan, kitab tersebut juga mengandungi penjelasan terhadap setiap perkataan termasuk huraian nahu bahasa Melayu walaupun berdasarkan kaedah bahasa Arab.
3.4 Tun Seri Lanang
4.0 Kesimpulan
Empat tokoh agung Melayu yang telah diperbincangkan sememangnya banyak memberikan sumbangan serta peranan mereka dalam perkembangan bahasa dan peradaban Melayu. Sudah terbukti bahawa Munsyi Abdullah, Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji dan Tun Seri Lanang telah banyak memberikan sumbangan bukan sahaja dalam bidang bahasa, bahkan merangkumi kehidupan masyarakat Melayu. Karya-karya yang dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Hal inilah yang menjadikan penulisan mereka lebih realistik dan menonjolkan ketokohan sebagai pengarang Melayu yang unggul.
Raja Ali Haji banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan kesusasteraan dan peradaban Melayu. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam bidang intelektual yang berupa hasil karya yang merangkumi pelbagai bidang antaranya bidang keagamaan, sastera, politik, filasat, hukum, ketatanegaraan dan tatabahasa. Contohnya dalam Gurindam Dua Belas, karya ini mengandungi dua belas fasal yang bersangkut paut dengan hal-hal ibadah, tugas ibu bapa dalam mendidik anak, tanggungjawab raja, tanggungjawab anak kepada orang tua, tentang perbuatan yang sia-sia dan sebagainya. Selain itu, beliau juga memainkan peranan besar dalam ilmu nahu melalui Kitab Pengetahuan Bahasa yang dianggap sebagai kamus nahu bahasa Melayu. Menurut Azhar Wahid dan Razali Ayob (2012:116), di samping mengandungi erti perkataan, kitab tersebut juga mengandungi penjelasan terhadap setiap perkataan termasuk huraian nahu bahasa Melayu walaupun berdasarkan kaedah bahasa Arab.
Selain memberikan sumbangan besar dalam
perkembangan bahasa, Raja Ali Haji juga memberikan sumbangan dalam bidang
sejarah sehinggakan beliau diangkat sebagai pencatat sejarah Nusantara yang
pertama iaitu daripada kitab beliau yang berjudul Tuhfat al-Nafis.
Menurut Ismail Hamid (1987:263), karya Tuhfat al-Nafis dianggap sebagai
karya yang terbesar selepas Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang. Isi
cerita dan gagasan idea buku tersebut menceritakan secara ringkas tentang
sejarah Singapura, Melaka dan Johor antara tahun 1677 sehingga 1865 Masihi.
Hasil karya beliau yang terulung ini sememangnya antara sumber sejarah
terpenting yang menjadi rujukan khususnya pengkaji-pengkaji sejarah dan
ketamadunan bangsa Melayu. Hal ini demikian kerana, menurut Seri Lanang Jaya
Hj. Rohani et al. (2016:46), Raja
Ali melakukan pembaharuan penting dalam penulisan Tuhfat al-Nafis iaitu
meletakkan tarikh pada peristiwa-peristiwa sejarah yang diceritakannya.Raja Ali
Haji juga banyak menghasilkan karya yang bercorak syair dan syair tersebut
menjadi sumber rujukan ahli-ahli sastera dari dahulu hingga kini. Menurut Sahlan
Mohd Saman (1994:112), kedudukan Raja Ali Haji berhubung dengan karya-karyanya
bukan sahaja sebagai penyalin atau penyusun tetapi juga sebagai pengarangnya. Antara
karya puisi beliau ialah Syair Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai, Syair Siti
Sianah. Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala Mastika Alam.
3.4 Tun Seri Lanang
Peranan
Tun Seri Lanang semasa hayatnya ialah beliau telah menjadi bendahara kepada dua
Sultan kerajaan Johor Lama. Pada 1570M hingga 1597M, beliau telah menjadi
bendahara di bawah pemerintahan Sultan Ali Jalil Shah II manakala pada 1597M
hingga 1615M, beliau telah menjadi bendahara di bawah pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Shah III. Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Tun Seri
Lanang merupakan tokoh pengarang dan pujangga yang terkenal dalam penghasilan
buku sejarah mahupun panduan adat istiadat dalam peradaban, kebudayaan serta
sistem pemerintahan Melayu. Dalam kepengarangannya, beliau, masyarakat terdedah
dengan ilmu-ilmu yang mampu mendidik masyarakat memiliki jati diri yang tinggi.
Beliau telah bertanggungjawab dengan mengembangkan agama islam di Semenanjung
Melayu hingga ke tanah seberang ketika diberi kepercayaan memerintah Samalanga,
Aceh, Indonesia pada tahun 1645M. Penyebaran agama Islam telah berlaku dengan luas
dalam tempoh pemerintahan beliau di Aceh.
Selepas peristiwa Perang Batu Sawar
antara tentera Aceh dengan Kesultanan Johor Lama, Sultan Johor iaitu Sultan
Alauddin, Raja Abdullah, Bendahara Tun Seri Lanang, panglima serta orang-orang
besar telah ditawan dan dibawa ke Aceh. Selepas ditawan, Sultan Johor pulang ke
Johor, manakala Tun Seri Lanang menetap di Aceh dan telah dilantik oleh Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam sebagai Uleebalang Kenegerian Samalangga. Semasa
pemerintahan beliau sebagai seorang Uleebalang yang digelar Paduka Raja
Samalangga, beliau bersifat pemerintah autonomi dalam sebuah jajahan Kesultanan
Aceh dan disenangi oleh Kesultanan Aceh. Semasa Tun Seri Lanang menetap di
Aceh, beliau telah mendapat tempat di hati Sultan Aceh. Buktinya, beliau telah
dilantik sebagai penasihat kepada tiga orang Sultan Aceh iaitu Sultan Iskandar
Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan Sultanah Tajul Alam
Safiatuddin Shah (1641-1675M). Semasa di Acheh, Tun Seri Lanang turut digelar
Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.
Pada Mei 1612M, Tun Seri Lanang
telah menerima titah Raja Abdullah supaya mengarang Sulalatus Salatin. Selepas
menerima titah daripada Raja Abdullah, Tun Seri Lanang memulakan penulisan
kitab Sulalatus Salatin di Batu Sawar, Kesultanan Johor Lama dalam tahun 1612M.
Penulisan kitab Sulalatus Salatin dikarang disebabkan beberapa faktor. Antara
faktor penghasilan kitab sulalatus Salatin ialah untuk mengangkat kedudukan dan
sejarah silam raja-raja Melaka di samping mengagungkan kebesaran dan
kecemerlangan raja-raja dan kerajaan Melaka. Selain itu, Sulalatus Salatin
turut dihasilkan dengan tujuan menggambarkan kebesaran sebuah dinasti raja-raja
Melayu yang bermula dari zaman Raja Iskandar Syah di awal abad ke-15 hinggalah
zaman pemerintahan sultan Alau’d-Din Riayat Syah III di awal abad ke-17.
Seterusnya, Sulalatus Salatin juga dihasilkan untuk kegunaan istana(istana centri)
dan kegunaan orang-orang bangsawan Melayu sebagai rujukan pada masa akan datang
serta dijadikan satu wadah bagi merakamkan kebesaran, ketinggian dan
kegemilangan sesebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai
dan Singapura selain Melaka. Di samping itu juga, penghasilannya adalah untuk
memperlihatkan kepada bangsa lain akan kebesaran bangsa Melayu sendiri.
4.0 Kesimpulan
Empat tokoh agung Melayu yang telah diperbincangkan sememangnya banyak memberikan sumbangan serta peranan mereka dalam perkembangan bahasa dan peradaban Melayu. Sudah terbukti bahawa Munsyi Abdullah, Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji dan Tun Seri Lanang telah banyak memberikan sumbangan bukan sahaja dalam bidang bahasa, bahkan merangkumi kehidupan masyarakat Melayu. Karya-karya yang dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Hal inilah yang menjadikan penulisan mereka lebih realistik dan menonjolkan ketokohan sebagai pengarang Melayu yang unggul.
Bibliografi
Abdul Hadi W.M (1995). Hamzah Fansuri: Risalah Tasawuf dan puisi-puisinya. Bandung:
Penerbit Mizan.
Azhar Hj. Wahid dan Razali Ayob (2012). Sejarah Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hamzah Hamdani (2007). Hikayat Abdullah. Batu Caves: PTS Fortuna.
Ismail Hamid (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah dan
Mohd Rashid Md. Idris (2016). Karya Agung
Melayu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
No comments:
Post a Comment