Analisis Laskar Pelangi



1.0 Pengenalan

Karya kesusasteraan yang diangkat menjadi karya agung adalah berdasarkan ciri-ciri yang ada pada karya berkenaan. Ciri-ciri pada karya agung ini pula seharusnya diteliti mengikut tradisi, budaya dan tamadun karya tersebut dihasilkan. Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al (2016:4), penelitian ciri-ciri karya agung Melayu dibuat berdasarkan aspek-aspek seperti aspek pemikiran, estetika dan kepengarangan, aspek nilai budaya dan pandangan hidup serta aspek nilai ilmu yang terdapat dalam Karya Agung Melayu.

Hakikatnya, novel Laskar Pelangi menceritakan tentang dunia pendidikan dengan memaparkan tokoh-tokoh yang sederhana, jujur, tulus, gigih, penuh dedikasi, sabar, tawakal, takwa yang dituturkan secara indah dan cerdas. Pada dasarnya, Andrea Hirata menunjukkan bahawa kemiskinan tidak berkolerasi langsung dengan kebodohan atau kebijaksanaan sseorang. Kemiskinan harus ditangani dengan kaedah pendidikan yang tepat dan sebenar. Andrea Hirata membawa pembaca supaya sentaiasa bersemangat walaupun selalu ditimpa ujian kemiskinan.


1.1 Latar Belakang Penulis

Andrea Hirata atau nama sebenar belia Andrea Hirata Seman Said Harun di lahirkan pada 24 Oktober di Pulau Belitong, Indonesia. Karya pertama beliau ialah Laskar Pelangi yang menjadi novel best seller pada tahun 2006 sehingga 2007. Meskipun beliau merupakan seorang pelajar major ekonomi, namun beliau sangat meminati bidang sains dan sastera. Andrea Hirata pernah mengambil pendidikan bidang ekonomi di Universitas Indonesia dan mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana iaitu Master of Science di Universite de Paris, Sorbonne, Perancis dan Sheffield Hallam University., United Kingdom.

Novel Laskar Pelangi yang beliau hasilakn adalah berkaitan secara langsung dengan diri belai sendiri. Andrea Hirata menghasilkan novel ini untuk dipersembahkan kepada guru yang mendidiknya waktu kecil serta sahabat-sahabat beliau iatu anggota Laskar Pelangi itu sendiri. Andrea Hirata bijak mengeluarkan idea yang berkisarkan perjuangan dua orang gurunya yang memiliki dedikasi tinggi dalam dunia pendidikan. Beliau ingin menunjukkan bahawa, dunia pendidikan memberi hati kepada anak-anak bangsa, bukan sekadar memberikan panduan semata-mata tetapi mereka akan memiliki potensi unggul untuk kecemerlangan pada masa hadapan. Beliau membuatkan para pembaca mengerti akan makna pendidikan yang sebenarnya.


1.2       Sinopsis Novel Laskar Pelangi

Bab ini mengisahkan tentang pembukaan sebuah sekolah madrasah iaitu SD Muhammadiyah yang memerlukan sepuluh orang murid baru sebagai syarat dan jika tidak dapat memenuhi syarat tersebut, sekolah tersebut terpaksa dibubarkan. Pada mulanya, hanya terdapat sembilan orang murid sahaja yang mendaftar dan keadaan ini mencemaskan pengetua sekolah iaitu Pak Harfan Effendy Noor dan gurunya iaitu Ibu Muslimah Hafsari. Walau bagaimanapun, ketika Pak Harfan memulakan pidatonya untuk meminta maaf kerana sekolah tersebut terpaksa dibubarkan, tiba-tiba datang murid yang ke sepuluh bernama Harun, berlari dengan penuh semangat ke sekolah tersebut. Akhirnya SD Muhammadiyah dapat dibuka kerana sudah genap sepuluh orang murid.
Ikal menceritakan tentang peristiwa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Dalam bab ini mula diceritakan tentang salah seorang muridnya yang bernama Lintang. Lintang merupakan seorang anak nelayan yang tinggal di Tanjong Kelumpang yang terletak jauh di pinggir laut. Setiap hari, Lintang perlu melalui empat kawasan nipah yang juga dihuni oleh buaya untuk ke sekolah dengan menggunakan basikal. Lintang diceritakan sebagai seorang kanak-kanak yang bijak, genius dan mempunyai semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu walau hidup dalam kemiskinan. Dalam bab ini juga diceritakan tentang anak-anak murid lain iaitu Mahar, Trapani, Borek, Kucai,Sahara, A Kiong.
Ikal menceritakan tentang gambaran keadaan SD Muhammadiyah yang memiliki enam kelas kecil iaitu sebelah pagi untuk SD Muhammadiyah dan sebelah petang untuk SMP Muhammadiyah. Sekolah tersebut juga kekurangan guru, tidak mempunyai seragam sekolah, tiada kotak kecemasan dan tidak pernah dikunjungi oleh mana-mana pegawai-pegawai atasan. Bab ini juga menceritakan tentang ciri-ciri dan perwatakan pengetua sekolah iaitu Pak Harfan yang  gemar memberi nasihat melalui cerita-cerita para rasul dan sangat menyayangi sekolah dan anak muridnya. Seterusnya diceritakan juga tentang Bu Mus yang memulakan acara perkenalan di sekolah itu dan murid-murid mula berkenalan antara satu sama lain.
Pengarang juga mengisahkan tentang wanita muda iaitu Muslimah Hafsari Hamid yang dikenali sebagai Bu Mus. Bu Mus merupakan anak kepada pelopor SD Muhammadiyah di Belitong yang bertekad untuk bekerja sebagai guru demi meneruskan cita-cita ayahnya walau hanya menerima gaji yang sedikit. Bu Mus merupakan seorang guru yang bijak, berkarisma dan berpandangan jauh. Murid-murid juga mula memprotes tentang keadaan sekolah yang agak uzur namun Bu Mus menyedarkan mereka dan mereka mula mensyukuri apa yang telah dimiliki. Latar belakang masyarakat Belitong yang terdiri daripada orang Melayu, Tionghua, Kek, Hokian, Tongsan yang berbeza status sosialnya. Di Belitong juga terdapat sekolah-sekolah PN iaitu sekolah milik Perusahaan Negara Timah yang berpengaruh di Belitong. Dalam bab ini juga, terdapat penerangan tentang perusahaan Timah yang dieksploitasi oleh orang luar sedangkan penduduk tempatan hidup dalam kemiskinan.
Pulau Belitong yang menjadi latar tempat dan latar masyarakat penceritaan karya ini. Pulau Belitong merupakan sebuah pula yang makmur yang seperti mengasingkan diri dengan tanah Sumatera yang mengalir dengan kebudayaan Melayu Tua. Keadaan sosiomasyarakat di pulau Belitong berbeza mengikut kasta yang bermula daripada pegawai PN sehinggalah kepada penduduk tetap yang berada dalam kemiskinan. Pengarang ada mengisahkan tentang kehidupan masyarakat asal Belitong yang tinggal di luar tembok PN dan hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana tidak berpeluang merasa hasil bumi mereka sendiri. Pengarang juga menceritakan tentang kemudahan yang kurang lengkap dan kehidupan masyarakat Belitong yang menjadi kuli kepada pihak PN. Pengarang  turut menceritakan tentang sekolah-sekolah yang berada di bawah pengaruh PN yang mewah dan maju berbanding SD Muhammadiyah. Sekolah yang didirikan oleh PN tersebut dibiayai sepenuh oleh mereka. Segala kelengkapan kelas, pakaian seragam sekolah dan kemudahan kesihatan mencukupi tidak seperti SD Muhammadiyah yang serba kekurangan.
Peristiwa menarik bermula apabila pengarang mengisahkan tentang beberapa orang murid di SD Muhammadiyah iaitu Syahdan, Borek, A Kiong dan Kucai. Syahdan merupakan seorang yang berasal daripada keluarga yang miskin dan bekerja sebagai penampal perahu. A Kiong pula merupakan anak keturunan Tionghua yang memiliki sebuah kebun sawi yang kecil dan berperwatakan lucu, naif, agak hodoh namun memiliki hati yang baik. Kucai pula seorang yang pandai berkata-kata, beraut wajah manis, dan mempunyai sikap serba tahu namun menghadapi masalah rabun jauh kerana kekurangan gizi. Kucai menjadi ketua kelas selama lima tahun walaupun sering menolak menjadi ketua kelas. Seterusnya ialah Trapani yang elok rupa parasnya. Trapani ialah seorang yang kemas, pembersih, dan rapi dalam segala perbuatan dan tingkah lakunya. Trapani juga seorang yang bijak, pendiam dan selalu berada di tempat teratas dalam kelasnya. Manakala satu-satunya anak murid perempuan iaitu Sahara yang memiliki sifat jujur yang luar biasa, tidak mudah terpedaya dan berperwatakan yang sesuai mengikut keadaan. Anak murid yang seterusnya ialah Borek yang hanya berminat untuk membesarkan ototnya sehingga digelar Samson dan berusaha untuk mencapai matlamatnya. Murid yang kesepuluh iaitu Harun pula merupakan seorang murid yang santun, pendiam dan murah dengan senyuman.
Selain itu, pengarang juga telah menceritakan tentang Bodenga yang dipercayai sebagai makhluk yang merdeka dan merupakan anak kepada seorang pengamal ilmu buaya. Lintang yang terlambat masuk kelas kerana tidak dapat melepasi salah satu paya besar yang dihuni seekor buaya yang tidak berganjak dalam jangka masa yang lama. Lintang memberanikan diri melalui kawasan yang berbahaya kerana ingin menuntut ilmu dan dia dibantu oleh Bodenga. Lintang terpaksa melalui 80km setiap hari pergi balik ke sekolah. Lintang merupakan seorang genius yang diwarisi daripada arwah ibunya. Kehidupan yang susah menyukarkan Lintang untuk menuntut ilmu namun ianya bukan penghalang buat Lintang walau terpaksa belajar dalam gelap. Lintang sangat bijak dalam subjek matematik kerana mampu mengira menggunakan otaknya sahaja. Lintang tidak pernah merasa bangga diri dengan kebijaksanaannya kerana merasa ilmu itu sangat luas. Lintang merupakan murid yang paling awal ke sekolah sedangkan rumahnya yang paling jauh dan berwajah manis walaupun memakai pakaian yang compang camping. Lintang merupakan murid yang menyukai ilmu-ilmu baru dan sering menjawab persoalan Bu Mus di dalam kelas. Lintang diceritakan sebagai seorang murid yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai iaitu dalam aspek linguistik, geomatrik, spatial dan banyak lagi.
Dalam novel ini juga ada menceritakan tentang Mahar yang juga merupakan salah seorang murid di SD Muhammadiyah. Mahar merupakan seorang murid yang sangat berbakat dalam bidang muzik. Mahar sering bernyanyi sambil bermain ukelele. Mahar memiliki bakat besar dalam bidamg seni kerana pandai menyanyi dan bermain alat muzik. Mahar merupakan seorang yang kreatif dan suka berimaginasi kerana sering menyatakan inspirasi yang aneh dan lucu. Pengarang turut menceritakan tentang peristiwa mereka menyukai pelangi dan sering menunggu kehadiran pelangi apabila musim hujan tiba. Bu Mus sering menamakan mereka semua sebagai laskar pelangi. Pada suatu petang, selepas hujan lebat sepanjang hari, terbentang pelangi yang sempurna bentuknya dan terang benderang dengan enam lapis warna.
            Pengarang turut menceritakan peristiwa Ikal, Sahara dan Lintang yang menyertai pertandingan kuiz antara sekolah. Bu Mus merupakan orang yang paling bersemangat melatih dan mempersiapkan wakil SD Muhammadiyah kerana baginya pertandingan itu merupakan medium untuk menaikkan martabat SD Muhammadiyah. Walaupun Ikal dan rakan-rakan yang lain merasa kerdil kerana bertanding dengan sekolah yang hebat, Bu Mus tetap memberi semangat kepada mereka termasuklah Mahar dan Flo yang bersungguh-sungguh bersorak dengan membawa bendera besar yang sudah lapuk dan alat bunyi-bunyian yang lain. SD Muhammadiyah telah memenangi pertandingan tersebut apabila Lintang berjaya menjawab soalan dengan mudah dan tangkas. Bu Mus dan Pak Harfan begitu gembira dengan perkhabaran tersebut.
            Pengarang juga menceritakan tentang kisah kematian bapa Lintang yang menyebabkan Lintang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran. Lintang terpaksa menanggung nafkah keluarga dan menggalas tanggungjawab bapanya kerana dialah anak sulung lelaki tertua dalam keluarganya. Ikal dan rakan-rakan lain berasa sedih apabila mendapat tahu Lintang akan berhenti sekolah. Mereka terpaksa berpisah dengan seorang sahabat genius yang banyak membantu mereka dan mengharumkan nama SD Muhammadiyah. Setelah dua belas tahun kemudian, Ikal sudah mula bekerja di pejabat pos. Ikal juga menjalankan kerja sampingan sebagai penulis namun hasil kerjanya tidak di terima oleh mana-mana agensi. Ikal juga telah kembali ke Belitong semula selepas beberapa tahun. Ikal terbayang peristiwa lama sewaktu bersekolah di SD Muhammadiyah. Dia juga telah bertemu kembali dengan rakan-rakannya yang lain seperti A Kiong, Sahara, Samson dan Lintang. Novel Laksar Pelangi ditutup tirainya dengan penceritaan tentang kejatuhan PN di Belitong setelah harga timah dunia merosot pada tahun 1987. Pengarang menyatakan bahawa kejatuhan tersebut merupakan balasan Tuhan kepada PN yang banyak menindas masyakat tempatan yang miskin di Belitong. Pada tahun 1991, perguruan Muhammadiyah ditutup. Namun perintis jalan terang yang gagah berani tersebut sempat meninggalkan semangat pendidikan Islam yang tidak pernah mati. Belitong kemudiannya telah memiliki dua buah pesantren.

2.0       Analisis Karya Agung Novel Laskar Pelangi

2.1       Pemikiran dalam Novel Laskar Pelangi

Menurut Sri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016:69), pemikiran dalam karya bermaksud subjek yang dibawakan bermula daripada idea dan pengalaman. Idea dan pengalaman tersebut dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema karya. Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri memilih bahan, mengejapkannya dan kemudian menjelmakannya menjadi mesej mutiara, dan permata karya. Siti Aisah Murad (1996:11) menyatakan bahawa setiap karya adalah catatan pengalaman yang telah direnung, difikir, dan ditapis oleh pengarang untuk dijalin menjadi sebuah hasil penulisan, sama ada karya kreatif ataupun deskriptif. Novel Laskar Pelangi merupakan sebuah novel yang terhasil daripada pemikiran pengarangnya iaitu Andrea Hirata yang menjadikan catatan pengalaman hidup beliau untuk diabadikan menjadi sebuah karya kreatif. Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang beberapa pemikiran Andrea Hirata berdasarkan novel beliau yang berjudul Laskar Pelangi.

2.1.1    Perjuangan Guru dalam Mendidik Anak Bangsa
Pemikiran Andrea Hinata yang dapat dilihat dengan jelas ialah tentang perjuangan guru dalam mendidik anak bangsa. Novel Laskar Pelangi merupakan sebuah novel yang berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Belitong iaitu sebuah pulau yang terletak di pantai timur Sumatra, Indonesia. Belitong merupakan sebuah pulau yang kaya dengan hasil bumi namun diperintah oleh bangsa asing. Akibatnya, penduduk tempatan tidak berpeluang merasai kekayaan hasil bumi mereka dan hidup dalam kemiskinan sehinggakan ada antaranya yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak bersekolah kerana tidak mampu. Terdapat beberapa buah sekolah yang dibiayai sepenuhnya oleh Perusahaan Negara iaitu pihak yang menguasai perusahaan biji timah. Namun, sekolah tersebut hanya diberikan kepada anak-anak pegawai dan pekerja yang berpangkat besar sahaja. Orang-orang miskin di situ tidak berpeluang menghantar anak-anak mereka ke sana.
            Di tengah-tengah kemiskinan tersebut, terdapat sebuah sekolah kampung iaitu SD Muhammadiyah Gantong yang diterajui oleh dua orang guru iaitu Pak Harfan dan Bu Mus. Kedua-dua guru ini merupakan antara individu yang banyak berjuang untuk mendidik anak-anak Belitong walaupun mereka juga tergolong dalam masyarakat miskin di Kepulauan itu. Pengarang menunjukkan pemikiran tentang perjuangan guru melalui kedua-dua watak tersebut. Bu Mus merupakan anak kepada pelopor SD Muhammadiyah di Belitong yang bertekad untuk bekerja sebagai guru demi meneruskan cita-cita ayahnya walau hanya menerima gaji yang sedikit. Bu Mus merupakan seorang guru yang bijak, berkarisma dan berpandangan jauh. Keadaan sekolah yang uzur dan ditambah pula kemudahan kurang  mencukupi tidak mematahkan semangat Bu Mus untuk meneruskan perjuangan ayahandanya. Walaupun dengan hanya 10 orang murid, Bu Mus tetap terus memberikan ilmunya kepada Ikal, Lintang dan murid-murid lain untuk memastikan masa depan mereka lebih cerah. Petikan di bawah merupakan bukti kewibawaan Bu Mus.
Bu Mus adalah seorang guru yang pandai, karismatik, dan memiliki pandangan jauh ke depan. Beliau menyusun sendiri silabus pelajaran budi pekerti dan mengajarkan kepada kami sejak dini pandangan-pandangan dasar moral, demokras, hukum, keadilan, dan hak-hak asasi-jauh hari sebelum orang-orang sekarang meributkan soal materialisme versus pembangunan spiritual dalam pendidikan.
(Laskar Pelangi,2005:30)
            Pemikiran tentang perjuangan guru juga dapat dilihat pada watak Pak Harfan yang merupakan guru besar di SD Muhammadiyah. Beliau merupakan antara tokoh pengasas SD Muhammadiyah di Gantong, Belitong. Pak Harfan telah melakukan banyak pengorbanan untuk terus mendirikan sekolah tersebut walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan yang serba kekurangan akibat daripada zaman kemiskinan yang membelenggu masyarakat Belitong. Keadaan sekolah yang sudah usang, tidak sedikitpun melunturkan semangat Pak Harfan yang ingin terus menjadi seorang pendidik.

2.1.2    Kemiskinan yang Membelenggu Masyarakat
Dalam novel ini, pengarang juga menunjukkan pemikiran tentang kehidupan miskin di Belitong yang membelenggu masyarakatnya. Kemiskinan yang dialami merupakan kesan daripada penjajahan asing yang menguasai hasil bahan mentah kepulauan tersebut. Pengarang menyatakan bahawa Belitong merupakan kepulauan yang kaya dengan hasil bumi namun kekayaan tersebut diambil oleh Perusahaan Negara (PN). Keadaan tersebut menyebabkan kedudukan sosiomasyarakat di pulau Belitong berbeza mengikut kasta yang bermula daripada pegawai PN sehinggalah kepada penduduk tetap yang berada dalam kemiskinan. Pengarang ada mengisahkan tentang kehidupan masyarakat asal Belitong yang tinggal di luar tembok PN dan hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana tidak berpeluang merasa hasil bumi mereka sendiri. Pengarang juga menceritakan tentang kemudahan yang kurang lengkap dan kehidupan masyarakat Belitong yang menjadi kuli kepada pihak PN.
Anak-anak orang staf menonton di tempat yang berbeda, namanya Wisma Ria. Di sana filem diputar dua kali seminggu. Penonton dijemput masuk dengan bus berwarna biru,Tentu saja di bioskop itu juga terpampang peringatan keras “DILARANG MASUK BAGI YANG TIDAK MEMILIKI HAK”.
(Laskar Pelangi, 2005:313)
            Petikan di atas menjelaskan tentang layanan yang berbeza antara pegawai PN dan masyarakat Belitong terhadap kemudahan yang disediakan. Kehidupan miskin tersebut menyebabkan  masyarakatnya terpaksa berjuang untuk meneruskan hidup seharian. Kebanyakan masyarakat di Belitong terpaksa bekerja sebagai kuli kepada PN dan kaum ibu pula terpaksa membuat kerja sampingan bagi membantu suami. Situasi yang lebih menyedihkan dapat dilihat apabila pengarang menceritakan tentang  kanak-kanak yang mengikuti bapa mereka bekerja sebagai kuli dan ada antaranya yang bekerja demi membantu keluarga iaitu Syahdan salah seorangnya yang bekerja sebagai penampal perahu.


2.1.3    Kemiskinan yang Menghalang Pendidikan
Kemiskinan yang dialami oleh penduduk Belitong bukan hanya membelenggu ekonomi masyarakatnya tetapi juga menghalang pembangunan pendidikan bagi masyarakat miskin. Pemikiran pengarang tentang perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila pengarang menceritakan tentang keadaan SD Muhammadiyah yang usang berbanding sekolah yang ditubuhkan di bawah pembiayaan Perusahaan Negara yang mewah dan maju. Pengarang menggambarkan keadaan SD Muhammadiyah yang serba kekurangan iaitu:
Maka sekolah kami sangat mirip gudang kopra. Kontruksi bangunan yang menyalahi prinsip arsitektur ini menyebabkan tak ada daun pintu dan jendela yang bisa dikunci karena sudah simetris dengan rangkakusennya. Tapi buat apa pula dikunci? Di dalam kelas kami tidak terdapat tempelan poster operasi kali-kalian seperti umumnya terdapat di kelas-kelas sekolah dasar. Kami juga tidak memiliki kalendar dan tak ada gambar presiden dan wakilnya, atau gambar seekor burung aneh berekor delapan helai yang selalu menoleh ke kanan itu.
(Laskar Pelangi, 2005:22)
            Kemiskinan yang membelenggu masyarakat juga menyebabkan Lintang tidak dapat meneruskan persekolahannya walaupun dia lahir sebagai seorang yang genius. Lintang terpaksa menanggung nafkah keluarga dan menggalas tanggungjawab bapanya kerana dialah anak sulung lelaki tertua dalam keluarganya. Ikal dan rakan-rakan lain berasa sedih apabila mendapat tahu Lintang akan berhenti sekolah.
seorang anak laki-laki tertua keluarga pesisir miskin yang ditinggal mati ayah, harus menanggung nafkah ibu, banyak adik, kakek-nenek, dan pamanpaman yang tak berdaya. Lintang tak punya peluang sedikit pun untuk melanjutkan sekolah. Ia sekarang harus menanggung nafkah palig tidak empat belas orang, karena ayahnya telah mati, karena pria cemara angin itu kini telah tumbang. Jasadnya dimakamkan bersama harapan besar terhadap anak lelaki satu-satunya justeru kematiannya ikut membunuh cita-cita agung anaknya itu.
(Laskar Pelangi, 2005:314)
            Kematian bapanya yang merupakan satu-satunya punca pendapatan keluarga mereka menyebabkan Lintang terpaksa melupakan niat sucinya dan harapan besar bapanya untuk melihat Lintang bersekolah. Lintang yang merupakan anak lelaki sulung keluarga itu perlu menggantikan bapanya dan menggalaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga pada usia yang muda. Ikal dan rakan-rakan lain di SD Muhammadiyah berkeinginan besar untuk membantu Lintang namun mereka juga berasal dari keluarga yang miskin dan tidak berdaya untuk membantu Lintang.
Aku benci pada mereka yang berpesta pora di Gedong dan aku benci pada diriku sendiri yang tak berdaya menolong Lintang karena keluarga kami sendiri melarat dan orang-orang tua kami harus berjuang setiap hari untuk sekadar menyambung hidup.
(Laskar Pelangi, 2005:318)
            Petikan di atas menjelaskan bagaimana terhalangnya keinginan anak muda yang genius seperti Lintang untuk bersekolah kerana kehidupannya yang miskin. Sahabat-sahabatnya yang lain berkeinginan untuk membantunya namun mereka juga datang daripada latar belakang keluarga yang miskin. Peristiwa ini jelas menunjukkan tentang pemikiran pengarang yang menyatakan bahawa faktor kemiskinan telah menghalang kemajuan pendidikan di Belitong khususnya kepada masyarakat miskin.
                              
2.1.4    Keakraban dalam Persahabatan
Novel Laskar Pelangi merupakan sebuah novel yang mengisahkan tentang persahabatan dan perjuangan sepuluh sahabat untuk mengejar cita-cita mereka walaupun terpaksa berhadapan dengan kehidupan yang sukar. Pengarang menceritakan bagaimana bermulanya persahabatan mereka sejak hari pertama bersekolah sehinggalah mereka berpisah untuk mencari masa depan masing-masing. Pemikiran tentang persahabatan dapat dilihat berdasarkan watak Ikal dan Lintang. Pada awal pertemuan, Ikal melihat Lintang sebagai anak pesisir yang jauh terpinggir sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat di Belitong. Setelah sekian lama bersekolah bersama, Ikal mula mengenali Lintang dan sahabat-sahabatnya yang lain dengan lebih mendalam. Dari situlah Ikal mula menceritakan peribadi sahabat-sahabatnya yang masing-masing memiliki kelebihan mereka.
            Kisah keutuhan persahabatan mereka dapat dilihat dengan jelas apabila pengarang menceritakan tentang peristiwa Lintang yang terpaksa berhenti sekolah setelah kematian bapanya iaitu:
Kami melepas seorang sahabat genius asli didikan alam, salah seorang pejuang laskar pelangi lapisan tertinggi. Dialah ningrat di antara kami. Dialah yang telah menorehkan prestasi paling istimewa dan pahlawan yang menangkat darjat perguruan miskin ini... Aku ingat semangat persahabatan dan kejernihan buah pikirannya. Dialah Newton-ku, Adam Smithku, Andre Ampereku.
(Laskar Pelangi, 2005:316)
Kami pernah tertawa, menangis dan menari bersama di dalam hingkaran bayang kobaran api. Kami tercengang kerana terobosan pemikirannya, terhibur oleh ide-ide segannya yang memberontak, tak biasa dan menerobos. Ia belum pergi tapi aku sudah rindu dengan sorot mata lucunya, senyum polosnya dan setiap kata-kata cerdas dan mulutnya.
(Laskar Pelangi,2005:317).
Hari ini aku akan kehilangan teman sebangku selama sembilan tahun. Kehilangan ini lebih terasa lebih menyakitkan melebihi kehilangan A Ling kerana kehilangan Lintang adalah kesia-siaan yang mahabesar.  
(Laskar Pelangi, 2005:319)

              Kesedihan Lintang yang terpaksa berhenti sekolah turut dirasai oleh sahabat-sahabatnya yang lain. Mereka bersedih memikirkan nasib Lintang dan masa depan Lintang Mereka terpaksa berpisah dengan seorang sahabat genius yang banyak membantu mereka dan mengharumkan nama SD Muhammadiyah dengan kepintaran yang dimilikinya. Petikan di atas menggambarkan bagaimana perasaan Ikal apabila kehilangan seorang sahabat yang sangat dikaguminya. Perasaan sedih tersebut tidak dapat menandingi perasaan yang pernah dialaminya dek kerana ikatan persahabatan mereka yang erat. Bahkan setelah dua belas tahun kemudia, Ikal masih mencari sahabat-sahabat lamanya kerana merinduinya. Pemikiran tentang jalinan persahabatan telah dihuraikan dengan jelas oleh pengarang apabila pengarang menceritakan dengan mendalam tentang perasaan sahabat-sahabat Lintang yang mengiringi pemergian Lintang daripada SD Muhammadiyah dengan air mata.

2.2       Falsafah dalam Novel Laskar Pelangi
Dalam penghasilan sesebuah karya, tidak lengkap sekiranya pengarang tersebut tidak memuatkan falsafah-falsafah yang bersesuaian dengan penceritaan sesebuah karya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Al-Farabi, salah seorang ahli falsafah Islam yang terbesar mengatakan bahawa falsafah diambil daripada perkataan “philosophia” yang kemudiannya dihuraikan sebagai “philo” yang bererti pencinta, dan “Sophia” yang bererti bijaksana. Menurut beliau, falsafah membawa maksud “pencinta bijaksana”. Plato (427-348 SM) dalam Mana Sikana (1996) pula mengatakan bahawa falsafah adalah semacam ilmu pengetahuan yang berhasrat mencari dan mencapai hakikat kebenaran yang asli.
            Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016), mekanisme falsafah secara mudahnya dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa falsafah adalah aspek yang membincangkan sesuatu secara terperinci untuk mendapat jawapan yang benar dan realistik terhadap sesuatu perkara. Berikut merupakan falsafah-falsafah yang ditonjolkan oleh Andrea Hirata dalam Laskar Pelangi:

2.2.1    Falsafah Metafizika
Ibnu Sina dalam Mana Sikana (1996) membahaskan falsafah metafizika dengan lima dasarnya, iaitu adanya Tuhan dan hubungannya dengan alam semesta, hukum alam atau hierarkinya, hukum sebab musabab konsepsi Yang Maha Mengatur dan Tuhan yang Maha Esa. Ringkasnya, metafizika merupakan ilmu yang memikirkan tentang kewujudan dan keberadaan. Dalam karya Laskar Pelangi, falsafah metafizika yang cuba ditonjolkan oleh penulis ialah haram melakukan perkara yang syirik. Hal ini tergambar melalui watak Mahar yang obses dan sangat menyukai cerita-cerita karut dan mitos serta ilmu perdukunan sehingga dia bercita-cita untuk menjadi ahli dukun yang sekali gus menyumbang ke arah perbuatan syirik. Sikapnya itu tidak disenangi oleh gurunya, Bu Mus, lalu beliau memarahi dan memberi teguran kepada Mahar. Buktinya dapat dilihat seperti yang terdapat dalam petikan di bawah:
Artinya ananda tidak punya sebuah rencana yang positif, tak pernah lagi mau membaca buku dan mengerjakan PR kerana menghabiskan waktu untuk kegiatan perdukunan yang membelakangi ayat-ayat Allah.”
(Laskar Pelangi, 2005: 259)
Keadaan di atas jelas membuktikan bahawa penulis cuba menyedarkan pembaca bahawa kita tidak seharusnya mempercayai benda-benda karut dan mensyirikkan Allah, sebaliknya kita harus mempercayai dan bergantung sepenuhnya dengan Tuhan Yang Maha Esa. Namun, realitinya manusia pada hari ini ramai yang mengagungkan manusia dan seolah-olah hidup mereka bergantung kepada manusia berkenaan sehingga terjerumus dalam perbuatan menduakan Allah S.W.T.

2.2.2    Falsafah Keagamaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), keagamaan merujuk kepada perihal agama atau hal-hal yang berkaitan dengan agama. Falsafah keagamaan dalam karya ini ialah institusi pendidikan bukan hanya menitikberatkan aspek kurikulum, iaitu mata pelajaran tertentu sahaja, sebaliknya turut menitikberatkan soal keagamaan dan nilai murni dalam pendidikan. Falsafah ini dapat dilihat menerusi petikan di bawah:
“Sekolah ini adalah sekolah yang mengajarkan pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sahaja menitikberatkan aspek kurikulum. Sekolah kita adalah sekolah yang mengedepankan pengajaran nilai-nilai religi, kita harus bangga dengan hal itu”.
(Laskar Pelangi, 2005:222)
Petikan ini menunjukkan Pak Harfan memberikan ucapan yang berbentuk motivasi kepada pelajar Muhammadiyah untuk membuktikan keapda dunia bahawa sekolah Muhammadiyah masih mampu bersaing dengan sekolah lain kerana sekolah Muhammadiyyah merupakan seekolah yang mengutamakan ajaran Islam. Oleh itu, dapat ditegaskan di sini bahawa sesebuah institusi pendidikan seharusnya menitikberatkan soal keagamaan dan nilai murni supaya pelajar dapat seimbangkan aspek kurikulum dan keagamaan supaya tidak tersasar daripada landasan yang betul.
Hakikatnya, kita mengetahui bahawa anak-anak kini tidak diterapkan dengan ilmu keagamaan dalam kehidupan seharian disebabkan kesibukan ibu bapa dengan aktiviti keduniaan dan berpendapat bahawa kemewahan dunia dapat membahagiakan anak-anak mereka tanpa menghiraukan aspek keagamaan. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berperilaku negatif. Oleh itu, menjadi tugas institusi pendidikan untuk menerapkan sedikit sebanyak ilmu keagamaan dan nilai moral supaya hidup generasi muda ini lebih terjamin dan berada dalam landasan yang betul selaras dengan ilmu kurikulum.
2.2.3    Falsafah Sosial
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), sosial membawa maksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala falsafah sosial menurut Seri Lanang Jaya et al. (2016) merujuk kepada gambaran kehidupan realiti manusia. Falsafah sosial dalam karya Laskar Pelangi ialah kecekalan 10 orang kanak-kanak yang ingin menuntut ilmu walaupun berada dalam keadaan keluarga yang miskin dan daif. Diceritakan oleh Andrea Hirata bahawa kehidupan masyarakat di Belitong sangat miskin dan terdapat segelintir keluarga yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kebanyakan daripada mereka hanya bekerja sebagai petani, nelayan dan pelombong bijih timah.  Walaupun begitu, mereka tetap ingin memberikan pendidikan kepada anak mereka. Malah, kesemua laskar pelangi itu juga sangat cekal dan gigih dalam menuntut ilmu walaupun perlu mengharungi pelbagai halangan untuk ke sekolah. Contohnya seperti dalam petikan di bawah:
Delapan puluh kilometer pulang pergi ditempuhnya dengan sepeda setiap hari. Tak pernah mengeluh. Jika kegiatan sekolah berlangsung sampai sore, ia akan tiba malam hari di rumahnya. Sering aku merasa ngeri membayangkan perjalanannya. Kesulitan itu belum termasuk jalan yang tergenang air, sepeda yang bocor, dan musim hujan berkepanjangan dengan petir yang menyambar-nyambar. Suatu hari rantai sepedanya putus dan tak bisa disambung lagi kerana sudah terlalu pendek sebab terlalu sering putus, tapi ia tak menyerah. Dituntunnya sepeda itu puluhan kilometer, dan sampai di sekolah kami sudah bersiap-siapan pulang.
(Laskar Pelangi, 2005:72)
Berdasarkan petikan di atas, Lintang merupakan salah seorang laskar pelangi yang perlu mengharungi pelbagai halangan sebelum sampai ke sekolah. Walaupun begitu, semangatnya untuk terus menuntut ilmu tidak pernah padam dan berkurang walau sedikit pun. Falsafah sosial yang dapat dikenal pasti dalam Laskar Pelangi ialah kemiskinan bukan penghalang untuk menuntut ilmu. Hal ini ditunjukkan melalui 10 watak anak-anak kelahiran Belitong yang serba kekurangan. Mereka ke sekolah dengan tidak berpakaian lengkap seragam sekolah, tidak berkasut, terpaksa mengharungi hutan dan sungai, ketiadaan kemudahan bilik darjah serta kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran. Anak-anak miskin ini juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan walaupun taraf hidup mereka rendah. Selain itu, kecekalan dan kegigihan anak-anak Belitong ini juga menyedarkan pembaca mengenai pepatah Melayu, iaitu hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih yang membawa maksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.

2.2.4    Falsafah Etika
Etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran. Menurut Mana Sikana (1996), ilmu etika merupakan teori tentang tingkah laku manusia yang dipandang dari sudut baik dan buruknya, sejauh yang dapat ditentukan oleh akal. Falsafah etika yang diketengahkan oleh Andrea Hirata dalam Laskar Pelangi adalah berkaitan dengan sifat dan etika seorang guru yang tulus dalam mendidik anak bangsa. Hal ini dapat dilihat dalam watak Bu Muslimah dan Pak Harfan yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak Pulau Belitong tanpa sebarang ganjaran. Selain bertindak sebagai guru, mereka juga menjadi sahabat dan kaunselor kepada pelajar agar mereka tidak leka dalam menuntut ilmu. Contohnya seperti yang terdapat dalam petikan di bawah:
“Pak Harfan telah puluhan tahun mengabdi di sekolah Muhammadiyah nyaris tanpa imbalan apa pun demi syiar Islam …”
(Laskar Pelangi, 2005: 24)

“…Pak Harfan tampak bahagia menghadapi murid, tipikal ‘guru’ yang sesungguhnya seperti lingua asalnya India iaitu orang yang tak hanya mentransfer sebuah pelajaran tapi juga yang secara pribadi menjadi sahabat dan pembimbing spiritual bagi muridnya…”
(Laskar Pelangi, 2005: 25)
Laskar Pelangi memaparkan keindahan jiwa seorang pendidik yang jujur menginginkan kejayaan bagi anak bangsa dan bukan sekadar mengejar kemewahan dunia. Bagi Bu Mus dan Pak Harfan, 10 orang laskar pelangi ini merupakan ganjaran yang diidamkan oleh mereka, dan itulah analogi pemikiran yang perlu diterapkan oleh setiap insan yang bergelar guru agar tahap keindahan keikhlasan dalam setiap didikan terarah kepada ketulusan ukhrawi dan bukan semata-mata duniawi. Kebenaran yang cuba disampaikan oleh Andrea Hirata ialah setiap guru merupakan pendidik bangsa, namun tidak semua guru berupaya mendidik anak bangsa menjadi bangsa yang berjiwa. Malah, tidak semua guru berupaya mendidik dengan keikhlasan yang memacu pengajaran batiniah bangsa.

2.3       Nilai Budaya dan Pandangan Hidup dalam Novel Laskar Pelangi
Perkataan nilai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081) merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Menurut Theodorson dalam Pelly (1994) pula, nilai adalah sesuatu yang abstrak, uang dijadikan pedoman serta prinsip-prinsip umum dalam bertindak dan bertingkah laku. Oleh itu, nilai merupakan sesuatu yang berharga, mempunyai mutu, berkualiti dan amat berguna kepada manusia.
Dalam Mohd Rashid Mohd. Idris et al. (2014: 125) budaya berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Budayyah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal. Budaya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Segala sesuatu yang terdapat dalam dalam sesebuah masayarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri.  Sidek Baba (2009) dalam bukunya bertajuk Melayu Perkasa ada juga menghuraikan maksud budaya seperti berikut:
Maksud budaya dalam pengertian yang mudah ialah gabungan budi dan daya. Budi ialah sesuatu yang murni dan baik yang terpancar daripada hati dan rasa, sementara daya ialah keupayaan diri yang menterjemahkan nilai-nilai murine dan baik dalam kehidupan.
(Melayu Perkasa, 2009:190)
 Kesimpulannya, nilai budaya dapat didefinisikan sebagai nilai- nilai yang disepakati dalam sesuatu masyarakat berpandukan kepada sesuatu kebiasaan atau kepercayaan yang dapat dibezakan dan menjadi acuan sesuatu tingkah laku dalam masyarakat.Nilai budaya turut diulas oleh Dwi Ratna Nurhajarini dan Suyami (1999), iaitu:
Sedangkan dalam (KBBI, 1995:679), definisi nilai budaya adalah konsep abstrak mengenai maslaah yang sangat penting dan bernilai dalam kehidupan manusia.
(Kajian Mitos dan Nilai Budaya dalam Tantu Panggelaran, 1999: 155)
2.3.1    Nilai Budaya: Akidah Islam
Dalam novel Laskar Pelangi terselit beberapa unsur nilai budaya. Antaranya ialah berkaitan akidah Islam. Dalam sesebuah masyarakat yang berpegang kepada agama Islam, akidah Islam amat penting dalam masyarakat. Akidah dianggap tiang bagi segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Islam. Islam mengajar penganutnya melakukan perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar. Nilai ini ditonjolkan dalam petikan berikut:
“…, aku tahu bahwa tulisan  itu berbunyi amar makruf nahi mungkar artinya: menyuruh kepada yang makruf dan mencengah dari yang mungkar”. Itulah pedoman utama warga Muhammadiyah. Kata-kata itu melekat dalam kalbu kami sampai dewasa nanti. Kata-kata yang begitu kami kenal seperti kami mengenal bau alami ibu-ibu kami.”
(Laskar Pelangi, 2005: 22)
Iqbal menyatakan bahawa kata-kata yang membawa maksud ‘menyuruh kepada yang makruf dan mencengah dari yang mungkar’ itu akan diingati sampai bila-bila. Peristiwa ini juga jelas menunjukkan penerapan akidah Islam sudah mula diajar kepada mereka sejak di bangku sekolah lagi. Tambahan pula, rukun Islam yang kedua iaitu solat lima waktu  turut diselitkan dalam pembelajaran mereka di SD Muhammadiyah agar mereka selalu menunaikan solat. Jika tidak, maka mereka mungkin tergolong dalam kalangan ahli neraka yang berenang-renang dalam lautan api di akhirat kelak. Hal ini jelas ditunjukkan apabila Pak Harfan menceritakan kisah bahtera Nabi Nuh dan menyelitkan nasihat berkaitan solat seperti berikut:
“Sebuah kisah yang sangat mengesankan. Pelajaran moral pertama bagiku: jika tak rajin sahalat maka pandai-pandailah berenang.”
(Laskar Pelangi, 2005: 24)

2.3.2    Nilai Budaya: Bekerja Bersungguh-Sungguh
Bekerja bersungguh-sungguh antara nilai budaya yang dipaparkan dalam novel ini. Nilai ini dapat dilihat dalam diri Bu Mus dan Pak Harfan yang berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada anak muridnya walaupun hanya sepuluh orang sahaja tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.
“… Pak Harfan telah puluhan tahun mengabdi di sekolah Muhammadiyah nyaris tanpa imbalan apa pun demi syiar Islam…”
(Laskar Pelangi, 2005: 24)
Bukan sahaja sebagai guru, Pak Harfan juga menjadi penasihat dan sahabat terhadap pelajarnya yang sukar memahami isi pengajaran kerana Pak Harfan berpegang kepada prinsip ‘ kita perlu memberi sebanyak-banyaknya bukannya meminta sebanyak-banyaknya’ dan ‘belajar dan mengajar itu adalah dari hati bukannya kerana wang’.
‘Pak Harfan tampak bahagia menghadapi murid, tipikal “guru” yang sesungguhnya seperti dalam lingua asalnya, India, yaitu orang yang tak hanya mentransfer sebuah pelajaran, tapi juga yang secara pribadi menjadi sahabat dan pembimbing spiritual bai muridnya.’
(Laskar Pelangi, 2005: 25)
2.3.3    Nilai Budaya: Setiakawan
Nilai budaya setiakawan turut dititipkan dalam novel ini kerana dalam agama juga dituntut semangat setiakawan demi menjaga hubungan persahabatan dan silaturrahim antara manusia. Petikan di bawah memaparkan bahawa kasih saying di antara sepuluh orang murid SD Muhammadiyah itu sangat utuh sehingga sanggup berkongsi segala kegembiraan dan kedukaan bersama-sama walaupun mereka semua hidup dalam kemiskinan kerana bagi mereka miskin tidak menghalang kebahagiaan.
‘…Di batang pohonnya kami menuliskan janji setia persahabatan dan mengukir nama-nama kecil kami dengan pisau lipat… tertawa, menangis, bernyanyi, belajar dan bertengkar.’
(LaskarPelangi, 2005: 51)
Semangat setiakawan ini sangat menebal dalam diri sepuluh orang murid SD Muhammadiyah sehingga mereka digelar Laskar Pelangi oleh Bu Mus kerana mempunyai hobi yang sama iaitu menyukai pelangi.
‘ Kami sangat menyukai pelangi. Bagi kami pelangi adalah lukisan alam, sketsa Tuhan yang mengandung daya tarik mencengangkan. Tak tahu siapa di antara kami yang pertama kali memulai hobi ini, tapi jika musim hujan tiba kami tak sabar menunggu kehadiran lukisan langit menakjubkan itu. Karena kegemaran kolektif terhadap pelangi maka Bu Mus menamai kelompok kami Laskar Pelangi’.
(LaskarPelangi, 2005: 120)

2.3.4    Nilai Budaya: Menuntut Ilmu
Nilai budaya menuntut ilmu menjadi nilai utama yang diterapkan dalam novel ini. Walaupun masyarakatnya hidup dalam keadaan miskin dan kebanyakan daripada mereka tidak mementingkan ilmu, namun bagi sesetengah ibu bapa yang berfikiran terbuka amat mengutamakan pendidikan. Budaya ini ditekankan kerana ibu bapa percaya bahawa ilmu mampu mengubah nasib mereka sekeluarga. Mereka juga tidak mahu anak-anak mereka senasib dengan mereka yang bekerja sebagai kuli di perusahaan timah, peniaga kecil-kecilan di pasar-pasar ataupun nelayan di lautan.
Agaknya selama turun temurun keluarga laki-laki cemara angina itu tak mampu terangkat dari endemic kemiskinan komunitas Melayu yang menjadi nelayan. Tahun ini beliau men-inginkan perubahan dan ia memutuskan anak laki-laki tertuanya, Lintang, tak akan menjadi seperti dirinya.
(Laskar Pelangi, 2005: 17)
Dalam novel Laskar Pelangi diterapkan beberapa pandangan hidup yang menjadi asas dan pegangan  masyarakatnya. Pandangan hidup merupakan satu konsep berkaitan pandangan terhadap alam semesta secara keseluruhannaya terutama sekali dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh sistem nilai yang tertentu. Syed Naquib al-Attas (1972) menyatakan bahawa pandangan hisup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat. Pandangan hidup dari perspektif Islam ialah pandangan berkaitan realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Manakala pandangan hidup orang Melayu biasanya melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, alam dan antara manusia.

2.3.5    Pandangan Hidup: Mewajibkan Didikan Islam
Dalam novel Laskar Pelangi jelas menggambarkan pandangan hidup yang mewajibkan didikan Islam diberikan kepada anak-anak sejak kecil. Pandangan hidup ini dipaparkan sejak permulaan cerita. Didikan agama perlu diberikan oleh setiap ibu bapa kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi supaya tidak terjebak dengan budaya yang sesat dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan sertaiblis. Perkara ini dipaparkan dala petikan berikut:
‘Ada tiga alasan mengapa para tua mendaftarkan anaknya di sini. Pertama, karena sekolah Muhammadiyah tidak menetapkan iuran dalam bentuk apa pun, para tuanya hanya menyumbang sukarela semampu mereka. Kedua karena firasat, anak-anak mereka dianggap memiliki karakter yang mudah disesatkan iblis sehingga sejak usia muda harus mendapatkan pendadaran Islam yang tangguh.’
(Laskar Pelangi, 2005:12)

2.3.6    Pandangan Hidup: Mengamalkan Syiar Islam
Pandangan hidup yang kedua dipaparkan dalam novel ini ialah mengamalkan syiar Islam. Dalam novel ini syiar Islam yang dimaksudkan ialah ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ yang menjadi pedoman di SD Muhammadiyah.
‘Lalu persis di bawah matahari tadi tertera hururf-huruf arab gundul yang nanti setelah kelas kedua, setelah aku pandai membaca huruf arab, aku tahu bahawa tulisan itu berbunyi amar makruf nahi mungkar artinya: menyuruh yang makruf dari yang mungkar.’
(Laskar Pelangi, 2005: 22)
Pandangan ini turut disokong dengan ayat al-Quran yang memberi tafsiran berikut:
Dengan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencengah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Ali Imran, 3:104)
Pandangan ini jelas membuktikan bahawa Islam amat menyeru umatnya supaya melakukan kebaikan dan mencengah segala kemungkaran. Kesimpulannya, nilai budaya dan pandangan hidup dalam novel Laskar Pelangi berkaitan dengan kemiskinan hidup masyarakat namun pendidikan terutama sekali berkaitan agama Islam amat dititik beratkan sejak kecil oleh ibu bapa dalam diri anak-anak mereka supaya dapat mengubah nasib keluarga dan juga menjadikan ilmu tersebut sebagai panduan hidup mereka. Hal ini menyebabkan mereka menghantar anak-anak mereka ke SD Muhammadiyah walaupun terdapat sebilangan ibu bapa lain yang lebih memilih untuk menghantar anak mereka bekerja demi memperoleh wang untuk membiayai kehdupan seharian.

2.4       Estetika dan Kepengarangan dalam Novel Laskar Pelangi
Dalam bahagian ini akan dibincangkan salah satu sifat dan ciri terpenting  dalam sesebuah karya yang agung iaitu aspek estetika dan kepengarangan. Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al (2016:91), Estetik berhubung dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan. Manakala, kepengarangan ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu.
Dalam erti kata lain, estetik dalam sesebuah karya merupakan seni keindahan yang berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan. Seni sastera inilah yang membina sifat kepengarangan dan keunggulan seseorang pengarang. Pengarang yang istiqamah dengan penciptaannya akan memiliki kepengarangannya yang tersendiri. Dengan cara sedemikian, sesungguhnya ia dapat mencipta karya yang bermutu dan berestetika (Mana Sikana, 2004).
Secara umumnya, Laskar Pelangi karya Andrea Hirata telah menerapkan seni kepengarangan berdasarkan estetik atau keindahan yang berkait rapat dengan kesan daripada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan. Pengarang juga telah memancarkan keindahan karya menggunakan bahasa seperti cara pengarang mencerna, mengadun dan mengolah karyanya untuk menyerlahkan aspek keindahan.

2.4.1    Estetika dalam Novel Laskar Pelangi
Estetika ialah rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al, 2016:92). Berdasarkan penganalisisan terhadap novel Laskar Pelangi, pengkaji mendapati sememanganya Andrea Hirata menggunakan banyak aspek estetika bagi mengemukakan penceritaan yang mempunyai keindahan dari segi olahan dan struktur penulisan.
        i.            Keindahan olahan Puisi
Menurut Mohd Rosli bin Sarudin (2014:110), penghasilan pelbagai bentuk puisi adalah untuk menyampaikan sesuatu, misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati, dan perasaan yang dilahirkan dengan mengunakan kata-kata manis yang sopan dan teratur. Dalam novel Laskar Pelangi, penulis banyak menyelitkan unsur puisi bagi memperlihatkan estetika bahasa yang menarik. Berikut merupakan contoh puisi yang diselitkan oleh Andrea Hirata dalam penulisan beliau:
Aku bermimpi melihat surga
Sungguh, malam ketiga di Pangkalan Punai aku mimpi melihat surga
Ternyata surga tidak megah, hanya sebuah istana kecil
Di tengah hutan
Tidak ada bidadari seperti yang disebut-sebut di kitab-kitab suci.

Aku meniti jembatan kecil
Seorang wanitah berwajah jernih menyambutku
“inilah surga” katanya

Ia tersenyum, kerling matanya mengajakkku menengadah
Seketika aku terkesiap oleh pantulan sinar matahari senja
Menyirami kubah-kubah  istana
Mengapa sinar matahari berwarna perak, jingga dan biru?
Sebuah keindahan yang asing

Di istana surga
Dahan-dahan pohon ara menjalar ke dalam kamar-kamar sunyi
Yang bertingkat-tingkat
Gelas-gelas kristal berdenting dialiri air zamzam
Menebarkan rasa kesejukan

Bunga petunia ditanam di dalam pot-pot kayu
Pot-pot itu digantungkan pada kosen-kosen jendela tua berwarna biru
Di bernada, lampu-lampu kecil disembunyikan di balik tilam
Indah sekali sinarnya memancarkan kedaimaan
Tembus membelah perdu-perdu di halaman

Surga begitu sepi
Tapi aku ingin tetap di sini
Karenaku ingat janjimu Tuhan
Kalau aku datang berjalan
ENGKAU akan menjemputku dengan berlari-lari.
(Laskar Pelangi, 2005:136)
Puisi ini di atas menjadi sulaman cerita yang menunjukkan penulis memasukkan unsur kesenian dalam penceritaan.  Puisi ini menggambarkan keindahan Pangkalan Punai yang dijelmakan dalam bentuk bahasa yang berseni.  Menurut pengarang, puisi ini membuktikan bahawa karya seni yang dihasilkannya adalah baik pada pandangan Bu Mus kerana nilai keseniannya yang jujur.
      ii.            Pengaruh Bahasa Inggeris
                                i.            Tak mengapa, lebih dari itu kami mulai terbata-bata berbahasa Inggris: Good This, Good that, excuse me, I beg your pardon dan I am fine thank you. Tugas yang paling menyenangkan adalah belajar menerjemahkan lagu.
(Laskar Pelangi, 2005:143)
                              ii.            Kami tak melihat ketika penonton memberikan standing applause selama tujuh menit.
(Laskar Pelangi, 2005:185)

    iii.            Anafora
Menurut Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005:326), anafora ialah sejenis gaya bahasa pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan sepaya memperoleh kesan tertentu samada dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, dan prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif. Dengan lebih jelas maksudnya, anafora ialah pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada pemulaan klausa yang berturutan dan pengulangan ini akan menghasilkan kesan emosi yang kuat (Abu Hassan Abdul 2013: 78). Perhatikan contoh petikan yang berikut:
                                i.            Buku yang dibeli juga keliru. Buku bersampul biru tua itu bergaris tiga. Buku semacam itu baru akan kami pakai nanti saat kelas kedua untuk pelajaran menulis rangkai indah.
(Laskar Pelangi, 2015:20)
                              ii.            Kami kekurangan guru dan sebagian besar sisiwa Sd Muhammadiyah ke sekolah memakai sandal. Kami bahkan tak punya seragam. Kami juga tak punya kotak P3K.
(Laskar Pelangi, 2005:21)
iii.            Hiperbola
Hiperbola merupakan unsur keindahan yang sering digunakan oleh penulis dalam karya mereka. Gaya bahasa yang berseni ini merupakan gaya bahasa yang melebih-lebihkan perkara yang sebenarnya dengan maksud untuk memperlihatkan kehebatan, meningkatkan kesan dan daya pengaruh, sama ada dari segi ukuran, ataupun sifat-sifatnya. Dengan eri kata yang lebih mudah, hoperbola ialah pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan suatu pandangan, idea atau peristiwa. Berikut merupakan contoh hiperbola dalam novel Laskar Pelangi:
Seluruh kalangan di perguruan Muhammadiyah sekarang menjadi satu hati dan mendukung penuh konsep Mahar. Semangat kami berkobar, kepercayaan kami meroket.
(Laskar Pelangi, 2005:170)
iv.            Disfemisme
Menurut Abu Hassan Abdul (2013: 85), disfemisme ialah gaya bahasa yang memilih bentuk kata atau ragam bahasa daripada yang lembut kepada yang kasar.  Dengan erti kata lain, disfemisme ialah penggunaan kata-kata yang kasar dalam sesuatu penulisan. Contoh dalam novel Laskar Pelangi dapat dilihat dalam petikan berikut:
Dan selalu terjadi suatu gejala yang paling umum yaitu: yang paling bodoh dan paling tidak berpendidikan adalah paling lantang dan pintar kalau bicara.
(Laskar Pelangi, 2005:198)
v.            Simile
Simile ialah gaya bahasa yang digunakan untuk membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap perkara yang dibandingkan itu akan diikuti oleh kata perbandingan seperti ‘bagai’, ‘bak’, ‘laksana’, ‘seperti’, ‘umpama’ dan sebagainya. Simile adalah untuk menimbulkan kesan penegasan maksud untuk para pembaca. Terdapat banyak penggunaan gaya bahasa simile dalam novel Interlok. Contohnya adalah seperti berikut:
Seluruh tunuh kami dicat cokelat muda seperti sapi Afrika. Wajah dilukis berbelang-belang. Pergelangan kami dipasangi rumbai-rumbai seperti kuda terbang dengan lonceng-lonceg kecil sehingga ketika melangkah terdengar suara gemerincing semarak.
(Laskar Pelangi, 2005:174)
vi.            Penggunaan Istilah Saintifik
Bahasa saintifik ialah  istilah bahasa yang digunakan dalam bidang ilmu pengetahuan sains. Dalam novel Laskar Pelangi, Andrea Hirata memasukkan istilah-istilah sains menerangkan sesuatu ilmu sains. Berikut merupakan contoh penggunaan istilah sains oleh penulis:
Timah selalu mengikat material ikutan, yakni harta karun tak ternilai yang melimpah ruah: granit, zirkonium, silika, senotim, monazite, ilmenit, siderit, hematit, clay, emas,galena, tembaga, kaolin, kuarsa dan topas.
(Laskar Pelangi, 2005:34)
Filicium decipiens biasa ditanam botanikus untuk mengundang burung. Daunnya lebat tak kenal musim. Lebih dari itu, dalam jarak 50 Meter dari pohon ini, di belakang sekolah kami, berdiri mekar menjulang awan sebatang pohon tua ganitri (Elaeocarpus sphaericus schum). Tingginya hampir 20 meter, dua kali lebih tinggi dari filicium.
(Laskar Pelangi, 2005:50)

2.4.2    Kepengarangan Andrea Hirata
Andrea Hirata mendapat nama dalam bidang kesusasteraan dengan terhasilnya novel Laskar Pelangi. Secara keseluruhannya gaya kepengarangan Andrea Hirata menunjukkan beliau seorang yang peka terhadap kepentingan pendidikan dan membuat perkaitan dengan masalah kemiskinan yang di hadapi oleh penduduk terpencil.

  i.            Pendekatan  Retorik Penceritaan
Pada dasarnya, kekuatan utama yang dapat dilihat dalam penulisan Andrea Hirata ialah kemampuan beliau menggunakan pendekatan penceritaan tentang pengalaman yang dialami oleh beliau sendiri. Pendekatan penceritaan bermaksud menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa berkaitan dalam satu plot yang logik (Abu Hassan Abdul, 2013:32). Pendekatan jenis retorik penceritaan ini biasanya digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, biografi, lipur lara, hikayat dan sebagainya.
Pembacaan yang dilakukan terhadap novel Laskar Pelangi menunjukkan bahawa, jalan cerita yang digarapkan oleh pengarang adalah berdasarkan penceritaan hasil refleksi pengalaman yang dialami oleh pengarang itu sendiri. Hal ini dapat dikesan melalui penggunaan sudut pandangan orang pertama seperti ‘aku” “kami” dan seumpamanya untuk mengemukakan refleksi daripada pengalaman yang dialami oleh beliau sendiri. Berikut merupakan contoh bagi menunjukkan penulisan Laskar Pelangi yang memperlihatkan refleki pengalaman oleh penulis itu sendiri:
Menyekolahkan anak berarti mengikatkan diri pada biaya selama belasan tahun dan hal itu bukan perkara gampang bagi keluarga kami. “kasihan ayahku”. Maka aku tak sampai hati memandang wajahnya. “Barangkali sebaiknya aku pulang saja, melupakan keinginan sekolah, dan mengikuti jejak beberapa abang dan sepupu-sepupuku menjadi kuli...
(Laskar Pelangi, 2005:11)
Berdasarkan contoh petikan di atas, pembaca dapat mengetahui peristiwa yang dialami oleh pengarang yang menyatakan masalah yang dihadapi sekiranya bersekolah. Pengarang memperlihatkan keaadaan beliau dan keluarga yang mengalami masalah kemiskinan dengan pengunaan kata ganti diri pertama aku dan kami dalam penulisan. Andrea Hirata cuba menceritakan sesuatu kejadian sehingga pembaca seolah-olah mengalami sendiri peristiwa berkenaan.

ii.            Pendekatan Retorik Pemerian
Dalam sesebuah penulisan, aspek yang tidak dapat dipisahkan ialah penggunaan pendekatan retorik. Kemampuan Andrea Hirata menggunakan pendekatan retorik pemerian dapat dikesan melalui penulisan beliau yang memberi kefahaman dan kesan yang mendalam kepada pembaca. Hal ini sejajar dengan makna pendekatan retorik pemerian itu sendiri. Menurut Abu Hassan Abdul (2013:28), penulisan retorik pemerian adalah untuk memberikan gambaran kepada pembaca tentang sesuatu pemandangan, kejadian, benda atau seseorang watak. Berikut merukan contoh petikan yang menunjukkan kemampuan Andrea Hirata sebagai seorang pengarang yang mempunyai kemaahiran menggambarkan sesuatu perkara:
Bu Mus adalah seorang guru yang pandai, karismatik dan memiliki pandangan jauh ke depan. Beliau menyusun sendiri silibus pelajaran Budi Pekeri dan mengajarkan kepada kami sejak dini pandangan-pandangan dasar moral, demkorasi, hukum, keadilan dan hak-hak asasi jauh sebelum orang-orang sekarang meributkan soal materialisme versus pembangunan spiritual dalam pendidkan.
(Laskar Pelangi, 2005:30)
Contoh petikan di atas memberikan gambaran yang terperinci mengenai watak Bu Mus yang merupakan seorang pendidik yang berkemahiran tinggi. Andrea Hirata bijak menggunakan pendekatan pemerian untuk memerihalkan watak Bu Mus sebagaimana kewujudan sebenarnya. Dari segi penerimaan, pembaca seolah-olah dapat melihat ciri-ciri watak Bu Mus seperti yang digambarkan dalam penulisan.

iii.            Teknik Imbas Kembali
Novel Laskar Pelangi menggunakan teknik imbas kembali bagi mendedahkan tentang asal usul cerita yang ingin disampaikan oleh Andrea Hirata. Tujuan utama seseorang pengarang menggunakan teknik ini adalah untuk mendedahkan kepada pembaca mengenai sesuatu peristiwa yang penting tanpa perlu mengundurkan plot cerita ke belakang. Hal ini sekali gus dapat membantu pengarang untuk menjaga kekemasan plot dan dalam masa yang sama mendedahkan satu peristiwa penting yang perlu dimaklumkan kepada pembaca. Hakikatnya, teknik imbas kembali merupakan kekuatan dalam penceritaan Laskar Pelangi. Hampir keseluruhan penulisan Andrea Hirata adalah mengimbas kembali peristiwa yang berlaku sebelumnya dan diakitkan dengan keadaan semasa. Berikut merupakan antara contoh-contoh petikan yang menunjukkan penggunaan teknik imbas kembali dalam Laskar Pelangi:
                                i.            Pagi itu, waktu aku masih kecil, aku duduk di bangku panjang di depan sebuah kelas. Sebatang pohon tua yang riang meneduhiku. Ayahku duduk di sampingku, memeluk pundakku dengan kedua lengannya dan tersenyum mengangguk-angguk pada setiap orang tua dan anak-anaknya yang duduk berderet-deret di bangku panjang lain di depan kami. Hari itu adalah hari yang agak penting: hari pertama masuk SD.
(Laskar Pelangi, 2005: 10)
                              ii.            Rencana aku dua belas tahun yang lalu untuk menjadi seorang penulis dan pemain bulu tangkis ternama telah lenyap, kandas di dalam kotak-kotak sortir surat. Bahkan rencana aku yaiutu menjadi penulis buku tentang bulu tangkis daan kehidupan sosial juga telah gagal meskupin di dalam hatiku masih menyimpan komentar-komentar amnis para mantan kampiun bulu tangkis.
(Laskar Pelangi, 2005:322)
Berdasarkan contoh 1, pengarang bijak membawa pembaca untuk mengetahui kembali peristiwa beliau sewaktu kecil yang baru hendak memulakan pendidikan di sekolah. Andrea Hirata menggambarkan keadaan pada hari pertama pendaftaran di sekolah yang sibuk dengan kehadiran ibu bapa bersama anak-anak untuk didaftarkan ke sekolah. Walaupun dalam keadaan yang daif, mereka tetap mengutamakan pendidikan. Contoh petikan 2 pula memperlihatkan pengarang meluahkan peraaan sedih kerana tidak dapat mencapai cita-cta yang dinginkan. Teknik mengimbas kembali perancangan pengarang dua belas tahun yang lalu membawa pembaca untuk mengetahui harapan pengarang sebelum beliau bekerja sebagai pegawai pos.

iv.            Teknik Imaginasi
Andrea Hirata menggunakan teknik ilusi dalam penulisan beliau bagi mengemukakan keinginan yang hanya berada dalam khayalan semata-mata.
Aku ingin melarikan diri ke satu-satunya tempat paling indah dalam hidupku,yang telah kukenal sejak belasan tahun yang lalu. Sebuah desa cantik dengan taman bunga, pagar-pagar batu kelabu yang mengelilinginya, dan jalan setapak yang ditudungi untaian dahan-dahan prem. Itulah Edensor, eden bererti surga, nirwana pelarian dalam otak kecilku dan buku Herriot yang sangat kumal kerana telah puluhan kali kubaca. Sayangnya aku tak bisa ke Edensor kerana sampai hari ini tempat itu masih tetap hanya ada dalam khayalanku.
(Laskar Pelangi, 2005:323)
Berdasarkan contoh petikan di atas, pengarang kreatif membawa perasaan pembaca untuk bersama dalam khayalan beliau. Secara tidak langsung pembaca dapat mengetahui pengarang merupaakn seorang yang suka akan keindahan dengan mengumpamakan tempat idaman beliau dengan keindahan syurga.

v.            Teknik Dialog
Dialog adalah satu bentuk komunikasi interpersonal. Berdasarkan karya sastera, dialog adalah perbualan antara satu watak dengan watak yang lain yang digarap oleh pengarang dalam menghasilkan karyanya. Dalam novel Laskar Pelangi, pengarang telah menfaatkan teknik ini di sepanjang novel ini. Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk membolehkan para pembaca memahami pemikiran, pendapat dan pergolakan jiwa dialami oleh watak-watak yang ada dalam karya tersebut. Teknik dialog juga sangat sesuai digunakan untuk menghidupkan sesuatu watak dan sekali gus menjadikan cerita itu lebih realistik. Antara contoh dialog dalam karya ini ialah perbualan antara Syahadan dan Kucai dengan ibunya seperti dalam petikan berikut:
Aku mau ikut ke pasar CaiSyahadan memohon kepada Kucai, ketika kami di bagi kelompok dalam pelajaran pekerjaan tangan dan harus membli kertas kajang di pasar.
Jangan kau bikin malu aku, Dan, apa kata anak-anak SD PN nanti?” jawab Kucai sok gengsi padahal satu pun ia tak kenal anak-anak kaya itu.
(Laskar Pelangi, 2005:52)
vi.            Teknik Monolog
Monolog berasal daripada perkataan Yunani yang terdiri dari mono bererti satu dan legein bererti berbicara. Oleh itu, monolog membawa maksud hanya seorang yang berbicara. Teknik ini merupakan teknik yang amat sesuai untuk pembaca mendalami pemikiran dan tanggapan seseorang watak dalam sesebuah karya tentang sesuatu perkara yang difikirkannya serta menyelami perasaan dalaman watak tersebut.
Dalam novel ini, pengarang turut menggunakan unsur monolog dalam penulisan beliau. Monolog juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan seseorang watak. Antara contoh penggunaan teknik monolog dalam karya Laskar Pelangi adalah seperti petikan berikut:
Aku kembali tersenyum, kali ini senyum khas penjual asuransi.”Belum tahu dia, orang Melayu lincah benar bersilat kata,” kataku dalam hati.
(Laskar Pelangi, 2005:337)


2.5 Nilai ilmu dalam Novel Laskar Pelangi

Konsep ilmu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ialah pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Dari segi istilah, ilmu merupakan pengetahuan, kepandaian atau kajian tentang sesuatu perkara (mampu mentafsir, menganalisa, mengolah maksud yang tersirat dan tersurat disebalik maklumat serta berupaya mengemukakan maklumat baru). Menurut bahasa Arab, perkataan ilmu adalah sama dengan maklumat iaitu Alima bererti mengetahui manakala Al-ilmu bererti pengetahuan. Melalui penggabungan kedua-dua perkataan ini, dalam bahasa Melayu ia disebut sebagai ilmu pengetahuan.


2.5.1 Ilmu Kegamaan

Nilai agama adalah peraturan hidup yang harus diterima manusia sebagai perintah-perintah, larangan larangan dan ajaran-ajaran yang bersumber dari Tuhan Yang Maha Esa. Pelanggaran terhadap norma ini akan mendapat hukuman dari Tuhan Yang Maha Esa berupa “siksa” kelak di akhirat. Nilai ilmu yang terdapat dalam Novel Laskar Pelangi ialah berpedoman kepada Al-Quran dan Hadis.

Agama berpandukan Al-Quran turut digambarkan oleh seorang guru kepada anak muridnya berkaitan dengan Surah An-Nisa yang mementingkan tentang solat. Selain itu, penulis juga ingin menyampaikan tentang tangunggjawab atau kepimpinan seseorang dalam sesuatu tugas. Contohnya:

“Shalatlah tepat waktu, biar dapat pahala lebih banyak,” demikian Bu Mus selalu menasihati kami.”
“Bukankah ini kata-kata yang diilhami surah An-Nisa dan telah diucapkan ratusan kali oleh puluhan khatib? Seringkali dianggap sambil lalu saja oleh umat, Tapi jika yang mengucapkannya Bu Mus kata-kata itu demikian berbeda, begitu sakti, berdengung-dengung di dalam kalbu. Yang terasa kemudian adalah penyesalan mengapa telah terlambat shalat.”

(Laskar Pelangi, 2005: 28)

“ Kata-kata itu mengajarkan arti penting memegang amanah sebagai pemimpin dan Al-Quran mengingatkan bahwa kepemimpinan seseorang akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat.”


(Laskar Pelangi, 2005: 67)

Agama berpandukan Hadis turut diterangkan dalam karya Laskar Pelangi. Hadis tersebut menerangkan tentang amar makruf nahi mungkar iaitu yang bermaksud menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan perbuatan yang tidak baik. Contohnya:

“Lalu persis di bawah matahari tadi tertera huruf-huruf arab gundul yang nanti setelah kelas dua, setelah aku pandai membaca huruf arab, aku tahu bahawa tulisan itu berbunyi amar makruf nahi mungkar artinya: menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar”. Itulah pedoman utama warga Muhammadiyah. Kata-kata itu melekat dalam kalbu kami sampai dewasa nanti. Kata-kata yang begitu kami kenal seperti kami mengenal bau alami ibu-ibu kami.”
(Laskar Pelangi, 2005: 18)

Dalam membicarakan akan perihal membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran ini ditekankan oleh SD Muhammadiyah dan menjadi pedoman seluruh warga sekolahnya.


2.5.2 Ilmu Pendidikan


Ilmu pendidikan yang sering juga disebut sebagai pedagogi merupakan suatu disiplin ilmu yang terkait dengan proses peradaban, pembudayaan dan pendewasaan manusia. Pendidikan sebagai upaya manusia untuk manusia adalah aspek dan hasil budaya terbaik yang mampu disediakan setiap generasi manusia untuk kepentingan generasi manusia muda agar dapat melanjutkan kehidupan dan cara hidup mereka dalam konteks sosiobudaya mereka pula.

“Sebuah kisah yang sangat mengesankan. Pelajaran moral pertama bagiku jika tak rajin                       shalat maka pandai-pandailah berenang.”
(Laskar Pelangi, 2005:21)

         “Cerita selanjutnya sangat memukau. Sebuah cerita peperangan besar zaman Rasulullah di                   mana kekuatan dibentuk oleh iman bukan oleh jumlah tentera: perang Badar! Tiga rtus tiga              belas tentera Islam mengalahkan ribuan tentera Quraisy yang kalap dan bersenjata lengkap.”

(Laskar Pelangi, 2005:22)


i. Ilmu Sejarah

Ilmu sejarah berkait dengan ilmu asal-usul, keturunan dan salasilah. Dalam Laskar Pelangi, ilmu pengetahuan tentang sejarah yang tinggi ini ditonjolkan melalui watak Lintang, seorang pelajar genius di SD Muhammadiyah, Belitong. Buktinya :

“misalnya pada negeri yang terdekat yang ditaklukkan tentera Persia pada tahun…” “620 Masehi! Persia merebut kekaisaran Heraklius yang juga berada dalam ancaman pemberontakan Mesopotamia, Sisilia, dan Palestina. Ia juga diserbu bangsa Avar, Slavia dan Armenia.”


Petikan di atas menunjukkan situasi Bu Mus, iaitu guru muda di SD Muhammadiyah sedang mengajar tentang sirah, atau sejarah masyarakat pada zaman dahulu. Lintang dengan bersungguh-sungguh mencelah dan menyatakan tentang pengetahuannya mengenai pelajaran yang sedang dipelajari. Pengetahuan tentang sejarah yang dimiliki oleh Lintang membuatkan semua orang berasa kagum dengan kepintarannya.



          ii. Ilmu Sains


Ilmu sains merujuk kepada ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya. Hal ini dapat ditonjolkan melalui watak-watak pelajar SD Muhammadiyah yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang sains seperti biologi, fizik, kimia dan sebagainya. Buktinya :

“Artinya adalah jika dalam pelajaran biologi kami baru mempelajari fungsi-fungsi otot sebagai subkomponen yang membentuk system mekanik persial sepotong kaki, maka Lintang telah memahami sistem mekanika seluruh tubuh dan ia mampu menjelaskan peran sepotong kaki itu dalam keseluruhan mekanika persendirian dan otot-otot yang terintegrasi.”


Petikan diatas menyatakan pengetahuan Lintang tentang ilmu biologi yang melebihi ilmu yang dimiliki oleh rakan-rakan sebayanya. Dalam petikan di atas diceritakan bagaimana Lintang mampu memberikan penghuraian yang terperinci berkaitan komponen sistem tubuh badan manusia dan fungsi setiapnya.


iii. Ilmu Matematik


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu matematik merupakan ilmu yang berkaitan dengan kira-kira. Ilmu matematik dalam novel ini digambarkan melalui watak Lintang. Lintang mempunyai pemikiran yang genius. Lintang merupakan seorang pelajar yang mahir dalam ilmu matematik. Malah dia bercita-cita untuk menjadi ahli matematik. Kepandaian Lintang dalam matematik terserlah ketika pengajaran matematik di dalam kelasnya. Lintang mampu menjawab soalan matematik yang diberikan oleh Bu Mus tanpa menggunakan kalkulatur. Malahan dia menjawab soalan tersebut dengan tepat dan lebih pantas daripada kawan-kawannya yang menggunakan lidi sebagai kalkulatur. Lintang juga berjaya membantu kawan-kawannya memenangi pertandingan Lomba Cergas Cermat. Lintang turut mengalahkan Drs. Zulfikar, guru sekolah kaya PN yang berijazah dan terkenal dalam pertandingan tersebut dengan kepakarannya dalam matematik.

Petikan di bawah merupakan bukti penguasaan ilmu matematik yang dimiliki oleh lintang dan pelajar-pelajar di SD Muhammadiyah tersebut.


“13 kali 6 kali 7 tambah 83 kurang 39!” lantang Bu Mus di depan kelas…. Lalu kami tergopoh-gopoh membuka karet yang mengikat segenggam lidi, untuk mengambil tiga belas lidi, mengelompokkannya menjadi enam tumpukan, susah payah menjumlahkan semua tumpukan itu. Hasilnya kembali disusun menjadi tujuh kelompok, dihitung satu per satu sebagai total dua tahap perkalian…”


iv. Ilmu Lingusitik

Linguistik bermaksud “ilmu atau kajian saintifik tentang bahasa” (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kajian linguistik ini bukan hanya memfokuskan kepada satu bahasa sahaja, malah pengetahuan dalam pelbagai bahasa. Dalam karya Laskar Pelangi, pengetahuan linguistik ini ditonjolkan melalui watak Lintang yang mampu mengusai bukan sahaja bahasa Melayu atau bahasa Indonesia, malah turut menguasai bahasa Inggeris. Buktinya dapat dilihat dalam petikan di bawah :

“Belajar kata terlebih dulu, bukan belajar bahasa, itulah inti paradigm belajar bahasa Inggris versi Lintang. Sebuah ide cemerlang yang hanya terpikirkan oleh orang-orang yang memahami prinsip-prinsip belajar bahasa…”


Petikan di atas menunjukkan cara Lintang mengajar Ikal untuk belajar bahasa Inggeris dengan betul dan mudah. Lintang menunjukkan formula belajar bahasa Inggeris melalui cara belajar bahasa Indonesia yang mampu membuatkan Ikal lebih faham dan tertarik untuk belajar.


2.5.3 Ilmu Firasat


Menurut Kamus Dewan (2008), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut Sulastin Sutrisno, orang yang mempunyai ilmu itu dapat merasa, melihat atau mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Maksud Firasat dari segi Islam ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah SWT. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi).
Ilmu firasat yang terdapat dalam Karya Laskar Pelangi adalah firasat berkaitan mimpi seorang penduduk mekah dan firasat kehancuran Quraisy dalam kehebatan perang Badar. Ilmu firasat tersebut diceritakan oleh Pak Harfan iaitu guru besar Sekolah Dasar Muhammadiah. Contohnya:

“ Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian ke tempat-tempat kematian kalian dalam masa tiga hari”. Demikianlah Pak Harfan berteriak lantang sambil menatap langit melalui jendela kelas kami. Beliau memekikkan firasat mimpi seorang penduduk Mekkah, firasat kehancuran Quraisy dalam kehebatan perang Badar”

(Laskar Pelangi, 2008:22)

2.5.4 Ilmu Kesenian


Ilmu seni pula di gambarkan melalui watak Mahar. Mahar adalah seorang yang amat meminati seni. Dia selalu bersama-sama membawa radionya dan mendengar lagu dari radionya itu. Kemahiran Mahar dalam muzik telah berjaya membawa sekolah mereka memenangi pertandingan karnival. Mahar telah berjaya mencari idea untuk menari dalam pertandingan tersebut. Dia telah membuatkan Laskar Pelangi menari seperti orang yang kerasukan. Hal ini adalah kerana kalung yang mereka gunakan membuatkan mereka semua gatal seluruh badan. Walupun tanpa berbekalkan peralatan moden dan pakaian yang mewah, mereka berjaya memenangi pertandingan tersebut dan mengalahkan kumpulan dari sekolah lain.

“Baru kali ini Mahar menjadi penata artistik karnival, dan karnival ini bukan main-main, ilah peristiwa besar yang sangat penting karnival 17 ogos...Kami demikian miskin sehingga tidak pernah cukup dana untuk membuat karnival yang mewakili kami..Sekolah-sekolah negeri mampu menyewa pakaian adat yang lengkap hingga tampil mempesona.

(Laskar Pelangi, 2005: 193-197)


Keseluruhan fragmen diringi oleh pukulan 30 tabla yang lantang bertalu-talu. Para pemukul tabla tidak terkecuali menari-nari dengan gerakan dinamik yang mempesona.

Untuk pengetahuan semua, mata pelajaran muzik merupakan mata pelajaran yang paling tidak prospektif di sekolah itu. Oleh hal yang demikian, kelas muzik hanya ditempatkan pada bahagian terakhir kelas atau pengajaran bagi menunggu masuknya waktu Zuhur sahaja iaitu waktu pulang warga sekolah. Bu Mus menganggap muzik itu sebagai selingan hiburan warga sekolah.


3.0 Kesimpulan


Kesimpulannya, novel Laskar Pelangi ini adalah karya yang bersifat pengalaman di mana novel ini digarap oleh Andrea Hirata berdasarkan pengalaman beliau sewaktu kecil. Andrea Hirata menegaskan bahawa novel Lakar Pelangi ini merupakan peristiwa ketika beliau masih kecil di daerah tempatnya iaitu Belitong. Penulis dilihat sangat menekankan mengenai aspek pendidikan yang dapat dilihat melalui kesepuluh watak utama iaitu para laskar pelangi yang bersungguh dalam pelajaran mereka sehingga mampu untuk membuka mata banyak pihak pada ketika itu. Namun begitu, dalam novel Laskar Pelangi ini ditonjolkan nilai, nilai budaya, pandangan hidup dan suasana masyarakat pada ketika itu. Nilai dan pandangan hidup yang ditonjolkan pada ketika ini menggambarkan keadaan sebenar kehidupan masyarakat di daerah Belitong pada ketika itu.

Novel Andrea Hirata ini dikatakan telah mengubah persepsi pembaca terhadap bidang pendidikan terutamanya di Indonesia. Nilai murni yang ditunjukkan oleh Bu Mus, para laskar pelangi dan Pak Harfan membuktikan bahawa perkara yang mustahhil dapat dicapai dengan adanya iltizam dan semangat yang tinggi. Dapat dilihat bahawa pengorbanan besar yang dilakukan oleh Pak Harfan dan juga Bu Mus mengangkat martabat seorang guru ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai kesimpulannya, novel yang telah dihasilkan oleh Andrea Hirata adalah berdasarkan pengalaman beliau ketika beliau masih kecil. Novel Laskar Pelangi ini sememangnya sangat sesuai dijadikan panduan dan iktibar oleh semua lapisan masyarakat terutama dalam bidang pendidikan. Berdasarkan pandangan kami, novel Laskar Pelangi ini boleh dijadikan sebagai novel dalam pelajaran komsas di sekolah supaya dapat memberi semangat dan juga pedoman kepada para pelajar.


RUJUKAN

Abu Hassan Abdul (2013). Seni Mengarang BMK 3043. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Eko Marini (2010). Analisis Stilistika Novel Laskar Pelangi Karya Andrea Hirata. Universitas    Sebelas Maret: Tesis tidak Diterbitkan.

Hairunnaja Najmuddin (2007). Memahami dan Membimbing Remaja Nakal. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rashid Md Idris et.al (2004). Karya Agung Melayu. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Rashid Md Idris (2011). Nilai Melayu dalam pantun. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Rashid Md Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani            (2014). Karya agung Melayu. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment